2. Terkini, bebudak UPSI segan nak bercerita tentang hikayat terlarang dalam blog atau facebook mereka. Paling beranipun, mereka cuma buat like pada artikel atau post yang dilawati.
3. Istilah demokrasi, kebebasan, politik adalah istilah-istilah yang dikategorikan sebagai pariah yang perlu dijauhkan daripada kamus pelajar.
4. Lalu ditekankan bahawa tanggungjawab pelajar adalah belajar. Bukan berpolitik atau berdemostrasi.
5. Kalau nak berdemontrasi, tunggu lulus periksa atau graduat dahulu. Begitulah khutbah yang berulang-tayang.
6. Nasib baik sudah cuti semester sekarang. Bolehlah mereka menarik nafas di kampong halaman masing-masing. Setidak-tidak bolehlah berlindung di sebalik kebun yang semak. Jika ada yang cuba mengejarnya, menyoroklah di bawah ketiak ibumu.
7. Sebagai pelajar yang taat pada pemimpin dan mengikut peraturan, lalu rela berbengkak telinga hingga menanah menahannya.
8. Tahanlah sehingga mana kau terasa bagai terkencing di tengah malam!
3 comments:
Kenapa pelajar luar negara dibenarkan berpolitik tetapi pelajar tempatan tidak.
kerana mahu jaga air muka tanahair.....
TANAH AIR MUKA KITA YA CIKGU...HUHUHU...PENGALAMAN LUAR NEGRA JUGA DI SENARAI HITAMKAN...BUAT SAYA SENYAP TERUS...MEMANG TAK PATUT PUN...
Post a Comment