2. Tetiba kuteringatkan serangkap puisi Rendra yang berbunyi, 'Kalau takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan'. Itulah yang mampu kujawab. Maknanya apa? Kalau takut, cakaplah soal baitulmuslim, soal perut, soal kerjaya, soal carta lagu minggu ini dan sebagainya.
3. Hari ni, aku ambil kertas jawapan peperiksaan akhir tahun. Saja kupilih hari ini. Aku memang menanti waktu perbicaraan Adam Adli yang dijadualkan 3.00 petang hari ini. Lalu, aku ke hulu ke hilir 'mengkaji' tingkah laku manusia yang ada di hadapan pintu Timur UPSI.
4. Berjumpa beberapa anggota polis dari Balai Teluk Intan yang bertugas di situ. Dia tanya, ada kat sini? Akupun jawab, kau pun ada di sini? Tugas, jawab mereka. He he he.... skema biasa. Ini memang tempat aku la!
5. Sewaktu Adam masuk ke pintu universiti, beberapa pelajar di sekelilingku ghairah untuk melihat sambil mulut mereka menyebut nama budak Adam itu. Famous kau!
5. Maka diputuskan oleh Lembaga Disiplin UPSI bahawa Adam Adli (yang sebelum ini, aku pun tak pernah dengar, baca, tulis namanya) dihukum gantung tiga semester.
6. Khabarnya, Adam Adli enggan merayu. Untungnya, Adam kerana ia semakin popular. Popular bukan soal batang tubuh Adam tetapi ideanya akan lebih popular. Manakala UPSI tidak dapat untung apa-apa dengan menggantung budak yang semangnya bersedia dihukum.
7. Secara politiknya, hukuman itu bukan untuk Adam. Hukumannya itu untuk pelajar yang bercita-cita mahu jadi Adam atau terinspirasi untuk bertindak seperti Adam.
8. Seorang pelajar yang menemani aku bercakap, sekarang baru kami belajar politik sebenar!


5 comments:
semoga trus bjuang
saya stuju sebelum ini saya tak pernah tahu pun mengaenai AUKU,sebelum masuk universiti mak dah pesan jangan join demonstrasi,tapi kalau PRU nanti pangkah PR,,,,tapi bila nama Adam Adli muncul tiba-tiba,barulah saya selak buku,search internet pasal AUKU,,,,,boleh dikatakan Adam Adli pemangkin kepada semangat saya untuk meneruskan perjuangan memansuhkan AUKU serta menumbangkan kerajaan yang korup~
Terima kasih atas perkongsian ilmu :)
" We are told to remember the idea, not the man.But you cannot touch an idea, cannot hold it or kiss it. An idea does not bleed, it cannot feel pain, and it does not love. And it is not an idea that we miss "
An honarable defeat is better than a dishonable victory :)
Post a Comment