...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday 30 January 2012

Tahniah Awan Nano

1. Anak-anak aku bilang, lagu Awan Nano tu susah nak difaham. Akupun tak berapa nak cuba memahami. Cuma, melodinya memang sedap. M. Nasir bikin katakan.

2. Menang sahaja Hafiz dalam Juara Lagu 2011 dengan lagunya, Awan Nano malam tadi, tiba-tiba terlonjak juga nama Hasmi Hashim. Penulis lirik lagu berbisa itu.

3. Hasmi Hashim bukanlah kawan rapat dengan aku. Cuma kami berkawan sejak terwujudnya Barisan Alternatif era reformasi. Hasmi EXCO AMK tapi kalah dalam pertandingan Ketua AMK dengan penyandangnya sekarang. Kali terakhir aku jumpa pada 2008 semasa PRU Kecil Permatang Pauh.

4. Tahniah beb!

No comments: