2. Semasa zaman kolonial, gugusan tanah Melayu ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Ia meliputi dari sebahagian kecil selatan Siam hinggalah ke selatan Filifina.
3. Inggeris menukar nama Tanah Melayu kepada Malaya. Mungkin kesukaran orang Inggeris untuk menyebut Melayu. Nama itu kekal semasa Merdeka dan hingga pembentukan Malaysia pada 1963.
4. Pemilihan nama Malaysia adalah lebih bermotifkan bahawa Tanah Melayu kini (selepas 1963) bukan sahaja dilihat sebagai tanah Orang Melayu tetapi lebih kepada tanah orang yang bersetuju membentuk sebuah negara baru. Ini termasuklah orang Asli, orang Melayu (yang dianggap sebagai sebagai pribumi), orang Cina dan India (pendatang yang diterima sebagai warganegara).
5. Bagi sesetengah pihak, nama Malaysia dilihat bahawa tanah atau negara ini bukan milik orang Melayu semata-mata.
6. Meskipun sesetengah pihak beria-ia menekankan bahawa tanah atau negara ini adalah milik orang Melayu.
7. Hakikatnya kita sendiri yang perlu memahami dan bertindak.
3 comments:
Fahami erti sebenar Malaysia satu artikel yang bagus. Dalam masa yang sama ada maksud tersurat dan tersirat bagi perkataan Tanah Air.
KOTA KINABALU 28 Julai - Penggunaan nama Malaysia bagi merujuk kepada negara ini telah mula digunakan sejak 120 tahun lalu iaitu pada 1889 dan bukannya pada 1929 seperti yang direkodkan di Arkib Negeri Sabah.
Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib berkata, penggunaan nama Malaysia itu direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889.
Sila klik di sini
Salam.. cuba google news.. buat custom range 1800-1900.. akan jumpa beberapa paper yg dah menggunakan nama Malaysia yang merujuk kepada tanah melayu.. wallahualam..
http://news.google.com/newspapers?id=7-AyAAAAIBAJ&sjid=DAAGAAAAIBAJ&pg=606,5630053&dq=malaysia&hl=en
Post a Comment