...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
Wednesday, 7 July 2010
Kenapa Sokong Holland?
1. Saat-saat akhir perlawanan antara Uruguay dengan Holland, aku mengharapkan ada gol menyamaan walaupun Diego Forlan dah keluar awal. Memang benar, minit 90 Uruguay mendapat gol kedua. Biar terlewat tapi menampakkan kekalahan mereka bermaruah. Berjuang hingga minit terakhir.
2. Aku memang meminati Holland. Lagenda Holland, Johan Cruff dan J. Neesken menjadi inspirasi aku sewaktu aku di sekolah rendah. Bermain di padang berpasir depan sekolah Arab, terasa beraksi seperti Johan Cruff. Berebut-rebut nak jadi Johan Cruff. Namun akulah yang menang menjadi Johan Cruff walaupun bukan hebat manapun aku bermain. Rupa-rupanya sudah lebih 30 tahun dulu!
3. Jersey keramat Holland berwarna oren. Warna itulah yang kupilih sewaktu menubuhkan DACS Dewan Pemuda PAS Pusat. Warna revolusi.
4. Tapi jangan sokong Holland kerana warna itu sama dengan warna simbol Pakatan Rakyat. Nampak naif sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bagaimana antara Jerman dengan Sepanyol? :)
macam mana dengan belanda yg pernah menjajah indonesia?
salam,
aku tak dapat sokong holland walau aku pernah meminati trio mereka dulu-van basten, gullit dan rijkard. aku lebih suka sokong spain, sekurang-kurangnya islam pernah bertapak di sana dulu-dulu. nostalgia lagi...!
wassalam
Post a Comment