...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday 4 July 2010

Cerminlah Bolasepak Malaysia

1. Dari sekolah lagi aku penyokong Brazil. Lepas itu, Argentina. Walaupun aku tahu, Jerman kuat, Spain juga kuat. Aku sokong Paraguay sebuah pasukan underdog. Semua pasukan pilihan aku tak masuk semi final.

2. Ramai yang kutuk kerana Brazil, Argentina kalah. Lebih-lebih lagi England. Habis kena kutuk.

3. Aku sekadar teringatkan malang nasibnya pasukan bolasepak tanahairku, Malaysia. Korea Selatan dan Jepun yang dulu sama taraf kini sudah jauh meninggalkan kita.

4. Aku tanya pada Jong, kawanku dari Korea. Bagaimana pasukan bolasepak negaranya boleh mencapai tahap seperti begini. Jong yang sedang menyiapkan Phd dalam Politik dan ahli parti sosialis Korea itu menjawab ringkas: kesungguhan kerajaan.

5. Kerajaan Malaysia, tak bersungguh ke?

6. Sungguh aku bertanya.

4 comments:

bongsu said...

bersungguh untuk menonjolkan nama
bersungguh demi nama politik
tiada kejujuran
dari peringkat bawah hingga kebangsaan
hanya penuh dengan ampu! ampu! ampu!

Mr Hafiz Syafiq said...

salam..blogwalking dan terjumpa blog tuan...sangat menarik penulisannya..saya pon org banjar tapi xreti cakap banjar..hehe...kg saye di parit 12b sg manik..tapi menetap di ipoh..

Faizal R said...

Bersungguh salah, x bersungguh pun salah. Yg penting rasanya Liga M kena bagi havoc balik, dari situ akan datang kesungguhan player2 bola.

azmietaha said...

Susah betul nak jawab soalan ustaz ni...
La ni tengah berperang dengan JUDI BOLA, nasib baik kerajaan KIV dulu
kalau tidak tak tahulah apa yang akan jadi...mungkin BOLA AKAN BERTUKAR MENJADI BALA!