...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday, 18 July 2010

Jangan Lupakan Dato' Asri

1. Kebetulan aku berjumpa dengan YB Ust. Mohd. Hussein, ahli parlimen Pasir Putih yang menziarahi anaknya di sini beberapa hari ini. Sudah lama kami tak berjumpa. Sewaktu aku tahun pertama di UM, Ust. Mohd. Hussein baru sahaja habis belajar tapi selalu bertemu di pejabat PMIUM. Panjanglah sembang kami.

2. Beliau menyebut bahawa PAS banyak mencipta sejarah tetapi kurang mencatat sejarahnya sendiri. Aku memang sangat setuju. Sejarah PAS memerintah Kelantan sejak 1959 kurang ditulis. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) dulu, Dr. Dzulkifli sudah jadi ahli Parlimen. Sekarang PPP diterajui Ustaz Wan Abdul Rahman, bekas pensyarah sains politik aku di UKM. Aku kurang dengar hasil kajian PPP. Mungkin rahsia.

3. Dewan Pemuda PAS juga ada Institut Kajian Polisi yang diketuai Dr. Zuhdi Marzuki yang dianggotai beberapa sarjana dan intellektual untuk membantu Pemuda PAS. Dr. Zuhdi pernah satu universiti di sini dengan aku. Kami selalu berbincang bagaimana mahu membantu perjuangan melalui hasil daripada penyelidikan dan kajian saintifik. Akupun tak tau setakat mana `laku' idea kami itu.

4. Malangnya, ada beberapa pimpinan PAS lebih tertarik dengan pandangan sarjana luar dan sanggup membayar beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan hasil kajian mereka. PAS jangan selalu lupa pada kekuatan dalamannya. Kagum pada kekuatan luar. Kagum pada kepimpinan orang lain.

5. Sehingga sekarang ramai pimpinan PAS mendendangkan bahawa Kelantan telah 20 tahun (1990 - 2010) di bawah kepimpinan PAS. Sejarahnya, PAS telah memerintah Kelantan sejak 1959 - 1978 (19 tahun) kemudian diambil alih secara tidak demokratik oleh UMNO-BN. Rampas kuasa melalui akta Darurat.

6. Biarpun ada perbezaan pandangan dan pendekatan yang dilakukan oleh Dato' Asri dan rakan-rakannya, hakikatnya PAS yang sama juga memerintah Kelantan pada hari ini. Ustaz Mohd. Hussein kata, kerajaan negeri Kelantan akan sambut 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan. Aku kata tak betul. Ustaz Mohd. Hussein pun setuju.

7. Kerana itu, aku tidak hairan jika Dato' Asri yang banyak berjasa pada PAS, Kelantan dan negara senang-senang begitu dilupakan oleh pemimpin PAS sendiri.

8. Siapalah aku!

3 comments:

Hamba Allah said...

WALAUPUN TERUK MACAM MANA SEKALIPUN, USTAZ NAKHAIE DAN DATO ASRI, JASA MEREKA KENA DIKENANG.. BEGITU JUGA DENGAN AYAH PAK LAH..

PAS DUK KAJI PKS DAN AKP. BAIK KITA KAJI ZAMAN PEMERINTAHAN PAS DI KELANTAN ZAMAN DATO ASRI DAN TGNA..

PAS SATU2 PARTI ISLAM YANG BERJAYA MEMERINTAH DENGAN JAYANYA DI DUNIA...

Nazmi Yaakub said...

sepanjang ingatan saya, yg banyak menulis sejarah pas pada awal ialah allahyarham ustaz aminudin darus. kemudian sejarah pas lebih banyak ditulis dalam bentuk buku politik yg terselit antara sorotan pilihan raya dan insiden tertentu dalam politik.

satu buku yg boleh dikatakan agak mirip sebagai catatan sejarah pas secara kritis tak silap saya Pas 2000 - susunan tarmizi mohd jam.

masalah besar yg saya lihat pd buku yg ditulis oleh wartawan harakah ialah:-

1. bukunya bersifat buku politik, ya walaupun sumbangannya tetap ada, tapi kredibiliti selalu menjadi halangan. apatah lagi buku yg terlalu menjurus sesuatu insiden politik menyebabkan buku itu semakin tak relevan utk diterbitkan bila kita semakin meninggalkan peristiwa itu. tak relevan diterbitkan lebih berkait dgn faktor ekonomi.

2. wartawan harakah sendiri mempunyai kerja asasi mereka - membuat liputan, menulis rencana berita dan memastikan harakah sentiasa diisi - selain gerakan mereka dalam pas itu sendiri.

baei said...

Saya bersetuju dengan pandangan anda.Saya masih ingat waktu pilihan raya 1969 (selepas itu berlaku 13 Mei), dalam kempennya di RTM (TV) waktu itu, Datuk Asri kata, "saya dah jumpa dengan Tunku, tanya dia betulkah kalau Perikatan menang, tunku nak buat lebuh raya (kelantan - perak - kedah). Tunku kata, 'betul itu janji kerajaan.' Saya tanya dia, kalau PAS menang juga bagaimana? Dia jawab kita akan buat juga. Jadi, tuan2 pengundi negeri Kelantan undilah PAS, kerana kita akan dapat lebuh raya baru nanti."
Itulah kecerdikan dia berpolitik. Dengan hujah lawan dia boleh menjadi hero.