...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 16 October 2009

Berkatnya Pemimpin Kaya, Sabarnya Pengikut Miskin

Tuan-tuan pemimpin yang kaya,

Jangan takut kaya jika itu rezeki yang halal
Jangan kedekut harta bila kaya
Jangan pula tabur harta demi lagi berkaya kuasa

Si miskin papa kedana,

Jangan rasa marah pemimpin kaya
jika jalan mereka betul, harta teragih telus
asalkan usahanya murni, jalannya lurus
kenapa perlu membenci pemimpin kaya

Jangan kerana kita tidak kaya,
si kaya menjadi musuh.
Jangan kerana kita kaya,
si miskin terus menjadi bangsat.

3 comments:

hamba said...

benar tuan..
Islam bukan musuh harta

alangkah indahnya andai si miskin dan si kaya saling mencintai.

duit hanyalah pegangan di tangan.. tiada terlekat di hati..

Carilah Ihsan.....

masMZ KaKiJaLaN said...

harus kita menjadi si kaya dan si miskin papa kedana untuk mengingat diri

[mustahil duduknya manusia di satu tempat kerana setiap insan punya lebih punya kurangnya]

Anonymous said...

Saya terima e mail mengatakan saudara muhaimin dalam kesusahan di Nigeria dan sangat sangat memerlukan bantuan kewangan ... ada sesiapa boleh sahkan maklumat ini?