Selepas bertarung tujuh hari tujuh malam, akhirnya Panglima itu tersungkur juga di tanah. Satu titis darah tidak tumpah meski selaut keringat membasahi tanah. Tubuh panglima, usahkan luka, tercalar sedikitpun tidak. Dia cuma tersungkur menyembah bumi selepas terbang tinggi menangkis serangan lawan. Panglima tidak kalah. Dia cuma terbaring. Senak perut ditelan sendiri. Tiada siapapun tahu.
Bagaimana untuk buat post mortem? Siapa berani untuk post mortem PAS kalah di Bagan Pinang.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
3 comments:
Ya dia terbaring, wajahnya bersalut habuk, mulutnya dimasuki pasir, matanya pedih angkara debu, hatinya luka dek mata yang menjeling.
Silapnya dimana? Silap sayap yang terbang tinggi, silap paruh yang tersalah mengemudi atau silap perkiraan dalam hati.
Entahlah sahabat...kadang-kadang sorak-sorai dan gempita berada di persada kemenangan mealpakan sekejap kepada hakikat diri sendiri.
SEBENARNYA KITA KALAH DENGAN KETINGGIAN BUDI...
YANG MENANG ITU BERMEGAH-MEGAH DENGAN KERENDAHAN AKHLAK!
-MENANG TANPA MARUAH DAN KALAH DENGAN MARUAH, MANA LEBIH AULA USTAZ?
assalamualaikum..salam perjuangan ..menang kalah memang adat pertandingan..menang di sisi Allah bagi pejuang amat bermakna ..yang hairannya bekas PM kita minta di buat postmortem mcmana BN boleh menang besar di bagan pinang..
Sekali kalah x bermakna kalah terus..bangkit dan terus berjuang..kemenangan pasti menunggu di hadapan..Setiap daripada kita perlu bermuhasabah kenapa BN menang PAS kalah kali ini...apa peranan yang telah kita laksanakan dan bakal kita lakukan..ke kita hanya biarkan saja dgn komen2 terbuka..tanpa berbuat apa2 walaupun berdoa...
Post a Comment