...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday, 20 October 2009

Berita Palsu Tentang Saya (PENTING)

Saya terima panggilan telefon daripada rakan-rakan tentang email yang mengatakan saya berada dalam kesusahan di Nigeria dengan menggunakan email saya muhaiminsulam@hotmail.com. Email itu bukan daripada saya. Detail email saya telah diceroboh. Sebarang email diterima mulai 20 Okt. 2009 bukan daripada saya lagi.

Mulai tarikh itu juga, email tersebut tidak digunakan. Saya akan gunakan email baru: muhaiminsulam@gmail.com atau angin_jawa@yahoo.co.uk.

Alhamdulillah saya dan keluarga masih berada di UK dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih atas perhatian semua.


Harap maklum.

muhaimin sulam

4 comments:

Anonymous said...

Ana pun dapat emel tu .. Pelik gak mulanya.

-Fitri-

PRO ISLAM said...

Kerja buat fitnah bukan lah kerja orang Islam, mereka itulah musuh Islam sebenar

Anonymous said...

cikgu ku org hitam
kahkahkah

Khairulhak H. said...

Salam,

Perkara begini semakin menjadi trend. Paparan blog sebegini membantu dalam keadaan sebegini. Ada seorang mangsa di US yang akaun Facebook diceroboh, tidak menyimpan nombor telefon semua rakan di dalam FBnya.

Akibatnya ada rakan yang tertipu dan memberikan sejumlah wang kepada penggodam yang menghantar emel yang sama seperti tuan alami itu.