...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 1 October 2009

Double Raya

1. Raya kali ini disambung dengan kemeriahan pilihanraya di Bagan Pinang. Tentu banyak duit raya, projek raya, sambutan hari raya dan segala aneka yang boleh dikaitkan dengan raya dan piliharaya. Dan kita rayakan pilihanraya dan shawal ini dengan kempen, promosi dan propaganda untuk membenamkan lawan.

2. Maaf, zahir batin tidak terampun selagi kau belum kubenamkan.

2 comments:

alvin takda rumah harga 8juta story.... said...

cikgu..doa bulan terang kat bagan pinang..

hamba said...

kala ini kawan teringat lagu raya jalil hamid..

rasanya pasti banyak duit raya yang bakal diagih-agihkan pada rakyat Bagan Pinang kali ini..

untung jadi rakyat disana..

maklumlah dapat calon dari bekas MB yang pemurah!

tuan.. mana duit raya kawan?