...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday, 7 October 2009

Bang Mat Sabu Bawa Hati Ke London

1. Hari ini Bang Mat Sabu dan Amiruslan, rakannya bertolak kembali ke tanahair setelah hampir seminggu membawa hati ke London dan Paris.

2. Sempat juga mereka singgah bermalam ke Swansea. Walaupun raya ini aku tak merasa lemang, ketupat atau sup kepala lembu, Bang Mat Sabu dengan sukarela masak untuk kami Nasi Arab dan sup kambing biri-biri. Berbekalkan resepi sewaktu Bang Mat di Kem Kamunting, aku dan beberapa rakan sangat enjoy menikmati masakan sup kambing biri-birinya.

3. Sambil makan, kami bersembang dan bergebang. Dari cerita isu kerajaan perpaduan hinggalah kepada cerita ikan salmon di laut Bangor. Dari kisah pemikiran feudal orang Melayu (samada dalam UMNO ataupun PAS) hinggalah otak kering intelektual Melayu. Kerana orang Melayu apabila sudah berkuasa, sibuk nak dapatkan title `Dato' dari kaum istana dan tinggikan pagar rumah masing-masing. Dari pemikiran Chin Peng hinggalah kesederhanaan hidup TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang. Dari perangai pemimpin Arab hinggalah perjuangan Hizbullah di Lubnan.

4. Aku tanya, pasai apa Bang Mat bertanding Timb. Presiden? Nak lawan Ust. Nasa ke lawan Dato Husam? Dia tersenyum tak nak jawab. Aku bukan wartawan Bang Mat! Demokrasi katakan. Siapapun berhak untuk bertanding. Kesimpulan yang aku boleh buat, kepimpinan PAS memang diambang kritikal selepas kedua-dua Tok Guru tersebut. Ada kemungkinnan `civil war' di Kelantan. Kebergantungan kepada karismatik kedua-dua tokoh tersebut sepertilah PKR bergantung kepada kepimpinan Anwar Ibrahim. Ramai yang bergayut dengan jubah dan janggut mereka.

5. Idea kepimpinan ulama oleh Dewan Pemuda PAS dulu hanyalah sebagai satu usaha menjatuhkan kepimpinan Dato' Asri. Kini, idea tersebut gagal dihijaukan kembali untuk disesuaikan dengan keadaan. Aku kata. Banyak saranan untuk melestarikan idea kepimpinan ulama. Tapi yang banyak adalah usaha me'maksum'kan ulama daripada sebarang kesilapan membuat keputusan dan kenyataan politik. Banyak hujah yang boleh digunakan untuk membenarkan semua tindakan. Sewaktu Dr. Mahathir Mohamad berucap di Oxford, dia menyelar tindakan ulama yang membiarkan khalifah-khalifah menyimpan gundik di Topkapi hingga beratus-ratus orang dalam satu masa. Mesti ada ulama yang menyimpan kebenaran demi menjaga kedudukan. Walaupun dalam kepimpinan Dr. Mahathir, ramai ulama yang digunakan untuk mengesahkan tindakannya.

6. Penguasaan PAS dalam kerajaan negeri selepas PRU 2008 mendedahkan keupayaan ulama mempersembahkan konsep kepimpinan ulama dan negara Islam. Kesederhanaan Tok Guru Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang hanya modal politik bukan sebagai model ikutan. Sudah berkurangan suara seperti pimpinan Pemuda PAS tahun 80an yang menyuarakan kesederhanaan hidup ulama seperti Imam Khomeini. Jika disentuh, ramai yang terkena batang hidung sendiri. Sudah wujud tafsiran Muawiyah yang membenarkan pemimpin memiliki kuda-kuda merah dan istana seperti raja-raja Byzantine dan Parsi. Pemikiran Abu Dzar sudah ditinggalkan di tengah-tengah padang gurun. Mungkin hampir mati pemikiran Abu Dzar yang bersendirian terbuang dalam PAS.

7. Perubahan-perubahan pendekatan kepimpinan Khulafa' ar Rasyidin hingga kepada gaya hidup khalifah Ummayyah, Abbasiah, Uthmaniah, Moghul dan sebagainya seperti sejarah yang tidak diambil iktibar. Khalifah-khalifah membina pemisah antara mereka dengan rakyat. Undang-undang di bawah kaki dan telunjuk jari mereka. Kemuncak kemarahan kepada khalifah apabila munculnya gerakan al Turk Muda yang dipimpin oleh Mustafa Kamal di Turki. Gerakan itu menjadikan Islam sebagai punca kemunduran dan apabila mereka berkuasa, segala perkara yang berkaitan Islam cuba dimusnahkan. Ini termasuk pengharaman pemakaian tudung, pelaksanaan azan dalam bahasa Turki dan sebagainya. PAS sebagai sebuah parti yang membawa mesej Islam harus belajar dari sejarah ini.

8. Apapun, Bang Mat masih berpendirian kepimpinan utama mesti dikalangan ulama. Tapi bagaimana kalau ulama tersebut tidak memiliki daya kepimpinan? Menurut al Mawardi, antara ciri kepimpinan ialah berlaku adil, berilmu, kebolehan mendengar dan berucap, cerdas membuat keputusan, bijaksana dan berpengaruh. Semua pemimpin boleh dakwa mereka mempunyai kriteria tersebut. Memang terdapat gerakan untuk melemahkan kredibiliti ulama. Tetapi perlu seimbang. Jangan sampai taksub sehingga menenggelamkan rasional.

9. Memang hati Bang Mat tertarik dengan kehidupan di sini. Apapun ini negeri orang, Bang Mat! Malam itu, aku bawa Bang Mat ronda ke pekan Swansea untuk cari teh panas. Maaf, pukul 12.00 mlm di sini sudah mati. Swansea bukan London, Paris atau Kuala Lumpur.

6 comments:

Cicit Mat Alam said...

Saya tertarik juga dgn komen nie. Dari pemerhatian saya ada benarnya. Macam sekrang nie saya tgk ramai pemimpin PAS berkereta berlambangkan bintang dan lain2 lagi kereta berjenama esklusif dan faham dgn harganya. Alasan, demi keselamatan, kualiti,orang pinjamkan dan ada juga "tak kan ustaz tak leh pakai BMW?" Kalau keselamatan, adakah betul dgn ada kereta berlambang 'Bintang" selamat. Bukankah ajal maut di tgn tuhan dan telah dijanjikan. Kalau orang pinjamkan, tak boleh kah tolak pelawaan tu, hampiri fitnah, dan ustaz pun nak rasa pakai BMW... ya betul keinginan pasal ustaz pun manusia tapi BMW bukan kah menunjukan taraf bermewah2...
Memang betul.. mana pemimpin ulama pelapis yang menpunyai ciri2 sederhana bukan miskin.

aizam said...

bang kalau sy ke swansea blh tumpang bermalam kat rumah abg ke.. ;-) . cdg nk gi melancong nie..

Mince4AM said...

lontara ini cukup menarik!

Wan Adli said...

Salam, saya rasa ada beza antara pemimpin atau sesiapa sahaja berumah dan kereta besar dengan menyalah guna dana yang ada. Sesiapa sahaja, jika bekerja kuat, berniaga dengan pendapatan besar, boleh sahaja menikmati hasil kurniaan Tuhan. Tetapi amat salah jika membuat tuntutan (claim) kewangan terhadap kerja yang tidak dilakukan. Amat salah juga pemimpin meninggalkan tugas untuk berniaga. Begitu juga salahnya memanipulasi pengguna dalam perniagaan. Selagi kesalahan tidak dilakukan, saya rasa tiada halangan untuk pemimpin berumah dan kereta besar. Tidak tidak pasti Islam terlalu menekankan egalitarianisme seperti diperjuangkan sosialisme, di satu ekstrem. Begitu juga kekayaan keterlaluan menurut kapitalisme dan feudalisme. Memang kesederhanaan amat ditekankan, tetapi saya rasa sukar mencari garis pemisah antara menikmati keselesaan dan memewahi pembaziran, selain melihat kepada apa yang halal dan apa yang haram.

Anonymous said...

apa salah pemimpim berkereta mewah..depa ni bukan tentu tido di rumah..berdakwah denga ceramah sana sini tak dan tido di umah..pakai je apa salahnya asalkan niat kerana Allah dan tak lupa akhirat

Anonymous said...

Bangor, Swansea?

Teringat & nostalgia kembali dalam ingatan saya belajar di Gwynedd Technical College, Bangor 79-80 untuk A-Level.

Swansea. teringat kembali saya menjadi drebar pada Ustaz Ghani Samsuddin jam 3pagi lalu Swansea mengahala ke Port Talbot untuk rendevous dengan satu Pak Arab (1982?).

Izinkan saya komen sikit tentang justifikasi kesederhanaan hidup Ulama sebagai mercu tanda.

Kalau anda berpeluang pergi ke Monastary di Eropah, akan kelihatan "Monks" hidup yang lebih senderhana. Ada diantara mereka yang jadi saintis atau buat penyelidikan sains (seperti Mendel).

Di masyarakat kita yang menjadi sebutan dan kebangaan adalah betapa Ulama2 tersebut bangun malam tahajud, puasa2 sunat dsb.

Apakata kalu ulama2 ni buat penyelidikan sains, penyelidikan roket atau senjata2 canggih supaya dapat mempertahankan didr dan umat Islam, selain dari angkat tangan berdoa pada Illahi semata2 untuk bantuan?

Salam.

MRSM Kalae Chepo 66/73