Ibarat banjir belum surut, ais sudah pasang. Seperti demam belum kebah, sudah terasa sakit kembali. Tiba-tiba sahaja luka lama dalam PAS berdarah kembali. Rasa macam nak nyanyi lagu Alleycat.....
Kerja nak menyingkir kepimpinan memang mudah. Kerja budak tak da SRP pun boleh buat. Rasa tak berkenaan, buang. Singkir. Konon atas nama demokrasi. Atas kepentingan parti. Lebih-lebih lagi kalau bijak berselit hujah al Quran dan hadis.
Sebaliknya kerja membina kepimpinan adalah kerja pengorbanan, kebijaksanaan dan perjuangan yang panjang. Kepimpinan bukan boleh dilihat pada wajah yang tampak hebat, comel molek atau bijak mengatur bicara. Ketinggian ilmu dan budi belum memadai.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
5 comments:
aku stuju tang ni.
bila sampai nigeria bro? ada jumpa adigun x? wakakaka
ulaslah panjang sikit tuanku.. jangan asyik bermenung di depan seroja.
bro
bg pandangan wa
lain kali x payah adakan pemilihan..
pegang jawatan sampai mati..
jawatan seumur idup
abis citer..
senang je..hehe
mcm ne bro?
ok ke?
so jemaah x payah pening pale
x perlu riso bpecah..hehe
ok ke bro?
pastu buat akta
jawatan kekal sampai mati
dah mati baru leh diganti..hehe
rasullullah riki2 & bdoa individu2 tertentu yg punye ciri2 tertentu utk masuk islam.
sebab pe?
awatnye..?
rasululllah x cukup kuat ke?
rasulullah x mampu ke?
so jgn tamak,bodo sombong nak pegang jawatan sampai mati..
riki2 ciri2 individu yg sesuai dgn realiti semasa utk mguatkan pjuangan nie dlm system yg dipakai.
sabooo je laaa..hehe
pekara sebegini perlu ditangani dengan penuh bijaksana dan hati-hati.. tarik benang dalam tepung, benang tak putus, tepung tak berselerak..
salam,
dengar kata tuan nak buat tesis mengenai allahyarham ust fadzil, betul ke? boleh tak dibukukan? senang utk tatapan generasi yg akan datang.
Post a Comment