...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday 17 March 2009

Ustaz Jaiz Anwar Kembali Ke Rahmatullah


1. Ustaz Jaiz Anwar, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat zaman Dato' Asri Hj. Muda telah meninggal dunia petang ini di Hospital UCL. London.

2. Penghujung Disember lepas, kami sekeluarga menziarahi almarhum sekeluarga di London. Turut serta masa itu ialah, Ustaz Riduan Mat Noor, Ustaz Wan Azhar , Fawaz dan beberapa pelajar Malaysia.

3. Meskipun kami sampai lewat malam di rumahnya, tetapi almarhum begitu ghairah dan semangat bercerita zaman perjuangan politiknya di tanahair dulu. Diceritakan juga zaman awal beliau di London. Dikisahkan juga susah senang beliau sekeluarga mengembara dan akhirnya menjadi rakyat di sini.

4. Beliau belajar ke Universiti al Azhar dan berkawan rapat dengan almarhum Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Berkahwin dengan anak Dato' Asri Hj. Muda. Beliau berasal dari Bagan Datoh.

5. Kali pertama aku temui sewaktu aku mendeklamasikan puisi `Salam Syair Perjuangan' di Kedah pada 2003 sempena ulangtahun 50 Tahun Dewan Pemuda PAS Pusat.

6. Al Fatihah. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh almarhum.

3 comments:

Zolkharnain Abidin said...

ada gambar dia tak. kalau taruk gambar sekali bagus tu.

ZAID SAHLAN said...

Saya cikgu Zaid Sg Tungku,Ngapa lama tak balik Malaysia?, kami orang kampong rindu dan ketandusan kepimpinan di pasir salak khususnya di Sg Manik.
Pun beitu Pusat Aktivii Sosial C Balai tetap meriah. Jumaat 20 mac ni ada ceramah hebat nizar dan anuar

Kali terakhir kita jumpa semasa pemergian arwah Ust Sulam tahun lalu.

ZAID SAHLAN said...

U apa khabar?