...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday, 17 March 2009

Kemiskinan Yang Menang

1. Memang menjadi resam dunia, sudah berjaya - berbondong-bondonglah mendekati. Al Quran merakamkan peristiwa Fathul Mekah dalam surah al-Nasr yang bermaksud,

`Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. dan kamu melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong'

2. Hari ini, jiran tetangga, sanak saudara, sahabat handai datang bertanya khabar dan membawa buah tangan.

3. Waktu menangis, sendiri di lautan yang bergelora, sang nelayan biasanya tegar merentas demi sesuap nasi untuk keluarganya.

4. Dalam saat begini masih ada lagikah Khalifah Umar al Khatab yang memikul makanan di waktu malam untuk rakyatnya yang miskin?

5. Masih adakah sang ibu menanak batu dan anaknya terlena dalam kelaparan?

6. Sekadar ingatan pada pemimpin negeri di bawah slogan negara berkebajikan. Untungnya, Nik Nur Madihah cemerlang dalam pelajaran tapi bagaimana mereka yang keciciran?

3 comments:

Lumut Pagi said...

Teguh bapa dan utuh bunda, anakanda berjaya.


:)

Anonymous said...

PAS Kelantan patut beras malu dgn taraf kehidupan keluarga Nik Nurmadihah.Walaupun beliau pelajar yg pintar sejak upsr lagi namun seperti tidak mendapat penghargaan atau pembelaan yg selayaknya dari kerajaan negeri.Tidakkah wakil rakyat yg berkenaan membuat bancian kemikinan dikawasannya atau beliau hanya memberi alasan terlepas pandang..... bila berita kesusahan hidup dan kejayaan cemerlang beliau tersebar keseluruh negara barulah ramai yg berebut-rebut datang melawat dan menjanjikan bantuan..... contohilah khalifah islam yg bergerak diwaktu malam menjejaki rakyatnya yg susah utk diberi bantuan..... dimana slogan PAS FOR ALL,negara berkebajikan atau membangun bersama Islam?

muhaiminsulam said...

politik slogan adalah kekenyangan di atas kelaparan rakyat memahami makna kehidupan