...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday 18 March 2009

Idea Kerajaan Campuran di Malaysia

1. Sebelum ini aku sudah lontarkan idea kerajaan campuran di Perak. Kita memerlukan keberanian dan meneroka pendekatan yang lebih bersesuaian dengan situasi politik semasa.


2. Kerajaan campuran ini tidak bermakna pakatan antara Umno dengan PAS tetapi ia sebenarnya melingkupi semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

3. Dan juga tidak bermakna perlu dibubarkan PR atau BN. Biarkan parti itu wujud sebagai institusi politik yang memainkan peranan sama dan langsung tidak mengenepikan dasar dan matlamat perjuangan parti itu. Kekalkan persaingan politik antara pakatan atau parti.

4. Yang kita ubah ialah bagaimana semua parti boleh mengambil bahagian dalam meneraju kerajaan sebagai badan legislative atau Parlimen dan dalam masa yang sama, wakil parti ataupun pimpinan parti yang berkemampuan dan berkebolehan tinggi mentadbir badan executive.

5. Tiada istilah parti pembangkang atau parti kerajaan. Pemimpin parti yang berperanan di dalam badan executive akan dipantau oleh pemimpin parti yang berada dalam badan legislative.

6. Melalui kaedah ini, hanya pemimpin yang benar-benar berkualiti dapat dipilih kerana telah melalui banyak tapisan dan negara dapat mengambil manfaat daripada kebolehan pemimpin tersebut.

7. Apa yang berlaku pada hari ini, apabila BN sudah tiada peminpin yang berkaliber dan berkemampuan tinggi, maka mereka ambil sikap `tiada rotan, akarpun jadi'. Ini berlaku juga pada kerajaan PR di Perak. Maka ada pemimpin yang terlanjur menang, memaksa diri menjadi pemimpin 'mee segera'. Ini kerana pakatan politik yang ada pada hari ini, ialah pakatan berasaskan garisan politik kekelompokan dan bukan atas kepentingan nasional.

8. Oleh itu, pemimpin yang dipertanggungjawabkan dalam satu-satu kementerian mestilah membuktikan keupayaannya menterjemahkan perjuangan parti secara praktikal. Dan seterusnya untuk meningkatkan sokongan daripada rakyat, dia mesti menterjemahkan konsep parti yang bersifat abstrak ke alam nyata.

9. Rakyat akan dapat menilai prestasi parti dan pemimpin berdasarkan rekod perkhidmatan mereka. Bukan lagi berdasarkan retorik mereka semata-mata.

10. Banyak perkara perlu diperhalusi lagi. Namun sekurang-kurangnya, kita mesti berani merubah sistem politik lapuk negara kita yang hanya membenarkan politik kekelompokan menguasai negara.

3 comments:

Anonymous said...

Masalah utama BN adalah rasuah, tak perlu bersekongkol dengan puak ini. Tindakan PAS bertindak sebagai pembangkang di Parlimen lebih efektif daripada berada di dalam kerajaan campuran.

Nasihat saya kepada semua ahli PAS, ikutlah nasihat Tok Guru Nik Aziz dalam isu ini. Seburuk-buruk Ustaz Nik Aziz, beliau tidak pernah kalah di Kelantan dan mampu bertahan sebagai MB lebih dari 4 penggal.

Cara yang lebih selamat adalah supaya ahli2 UMNO yang mahu bertaubat menyertai PAS dan meninggalkan UMNO sama sekali.

TAK PERLU TERLALU KEMARUKKAN KUASA.

Jikalau ada yang masih kemaruk untuk berkawan dengan UMNO, saya nasihatkan supaya keluar dari PAS dan masuk UMNO. Itu lebih mudah untuk diterima.

Berhentilah dari mengacau ketenteraman di dalam PAS ini. Masuklah ke dalam UMNO. Tak perlu berbangga dengan gambar Mahataik dok kat sebelah.

http://www.malaysiawaves.com/2009/03/mengapa-idea-kerajaan-perpaduan-tidak.html

Jaja said...

Aku rakyat Malaysia.Melayu,Cina India adalah bangsa. "SALAD BOWL"

Keperluan untuk menjadikan malaysia sebagai negara bangsa.Apa yang diperlukan untuk rakyat adalah keamanan dalam berpolitik. Adakah kerajaan campuran menitik beratkan kaedah seperti mana yang diperkenalkan oleh Indonesia? Atau Amerika Syarikat? Atau Israel? Menjadi tanda persoalan samada boleh wujud sistem seperti itu? Atau lebih sempurnakah politik Malaysia direformed untuk menjadi sistem dua parti? Memandangkan egoism dan kepentingan individu masih kental maka apa sistem pun tidak akan kekal. Politik malaysia penuh dengan tuding menuding antara satu sama lain. Sukar untuk menerima pandangan antara satu sama lain samada antara parti-parti yang berlainan mau pun dalam parti itu sendiri. Kesannya timbullah carca marba.
Parti-parti bukan untuk kepentingan rakyat. Kejujuran perlu ada untuk membina rakyat. Terpulanglah pada apa parti pun.

Jaja said...

Ya aku pun Melayu,di sebelah kanan aku Cina dan di sebelah kiri aku India. Kami dalam negara Malaysia.
'SALAD BOWL' ?

Buat masa kini salad tidak berapa enak untuk santapan. Bermacam-macam bau. Tengek,masam,berulat dan busuk.

Fikirkanlah bagaimana untuk mencipta salad yang terbaik di asia. Singapura sudah menciptanya.