1. YB Salahuddin Ayub sudah memaklumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda PAS. Ini bermakna, kekosongan jawatan itu akan diisi oleh orang baru pada muktamar tahun ini.
2. Terakhir peralihan jawatan Ketua Pemuda PAS melalui pertandingan ialah antara Mahfuz Omar dengan Dr. Hatta Ramli selepas Ustaz Abu Bakar Chik melepaskan jawatan tersebut.
3. Ketika itu, seperti ada kerisauan akan berlaku perpecahan dalam Pemuda PAS ekoran dari pertandingan itu. Pengalaman Pemuda PAS di pertengahan tahun 80an membayangkan pertandingan jawatan Pemuda PAS dibayangi oleh kepelbagaian aliran kelompok pemikiran.
4. Namun selepas Mahfuz Omar menang, kerisauan tersebut tidak berlaku langsung bahkan saf Pemuda PAS menggabungkan kepelbagaian kepimpinan pemuda. Apabila Mahfuz Omar mengundurkan diri, tiada pertandingan. Jawatan tersebut seperti sudah diakui akan diserahkan kepada Salahuddin Ayub, Timbalan Ketua Pemuda waktu itu.
5. Kini, apakah perwakilan akan bersikap mengelakkan wujudnya pertandingan jawatan utama itu atau terus melestarikan keterbukaan dalam menentukan kepimpinan mereka. Inilah waktunya Pemuda PAS mewujudkan suasana pertandingan yang sihat dalam menentukan pemimpin mereka. Bukan lagi ditentukan secara oligarki.
3 comments:
Bila nak balik kg? kami di sini ketandusan kepimpinan dan orang berbakat macam tuan? Apa no tel baru? lama tak dengar berita, hanya melalui alam maya blog je yg kami buka hari-hari. Kali terakhir kita bertemu sewaktu pemergian ayahanda Ust Sulam.- Zaid Sg Tungku (tel No: 019-5535351)
Mlm ni ada program malam bersamamu ghaza di maahad al islah. Tapi cuaca tak begitu baik, hujan turun agak lebat dari petang tadi.
jANGAN RISAU, PEMIMPIN SENTIASA ADA, SILIH BERGANTI...buka hati, buka minda
Post a Comment