...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Saturday 6 January 2007

My First Impression


Selepas kami pamit dan berterima kasih dengan Zuhdi sekeluarga di Lampeter yang membantu kami selama dua minggu tinggal di rumahnya, Kereta Rover 620 terus menuju ke Swansea. Teratak baru kami di Hanover Street. Tiada yang kukenal di sana.
Semuanya adalah kawan-kawan baru kami. Inilah padangan pertama yang berselirat dalam kotak fikiranku. Tidak semestinya benar pandangan itu tetapi itulah tanggapan. Itulah yang tersentuh pada minda.
Swansea, sebuah bandar di Selatan Wales. Orang Melayu sudah semakin sedikit. Termasuk keluarga aku, khabarnya ada lima keluarga Melayu. Budak bujang adalah lebih kurang 10 orang. Bukan lagi minoriti tetapi sudah menjadi spesis Melayu yang sukar ditemui di bandar Swansea.
Salahuddin & Zuraidah
Aku ditemukan dengan Salahuddin (Din @ Salah) oleh Tom-tom Ust. Tarmizi. Aku berasa nak berbincang dan berjumpa dengannya apabila usaha mencari rumah sewa di Lampeter menemui jalan penghujung. Ada rumah tapi mahal. Ada rumah tapi jauh. Ada rumah tapi tak boleh sewa! Sabtu itu, kami pergi ke Swansea sendiri. Memang mudah dengan adanya teknologi Tom-tom. Yang pekak boleh tengok skrin dan yang buta boleh dengar suara Tom-tom. Jika sesat juga, bukanlah salah sistem tetapi salah manusia. Pertama kali aku jumpa Salahuddin dan isterinya Zu....... memang melucukan. Dia kelakar orangnya. Cepat mesra. Dia panggil aku, Brother Muhaimin selepas aku sedikit keberatan untuk dipanggil Ustaz Muhaimin. Sudah menjadi tradisi di sini, siapa yang belajar di Lampeter, mereka panggil ustaz tanpa mengira latar belakang pendidikan mereka.

Salahuddin selalu menyakat isterinya dengan jenakanya. Mula-mula aku ingat apa yang dicakapkan itu betul tapi cuma joke sahaja. Nasib baik isterinya understanding juga. Kalau tidak banyaklah salah faham dan yang tak faham. Bila kami sampai ke rumahnya, tak lama kemudian datang teman-temannya untuk berjumpa kami sekeluarga. Itulah yang membuat aku semakin konfideng untuk duduk kat Swansea.

Bohari & Safiah
Pertama kali kami jumpa mereka, tentulah di rumah Salahuddin. Salahuddin kata dia dianggap sebagai Penghululah di Swansea bagi penduduk Malaysia. Zuhdi kata Abang Bohari (Bob) kenal Misbah. Dia selalu juga ke rumah Umar kat PJ. Bila aku jumpa, aku tak pasti samada tak ingat ataupun tak perasan. Selepas sembang agak panjang, memanglah konfirm aku tak ingat dan dan tak perasan. Abang Bob pernah jumpa dengan Misbah di Masjid UKM time kami buat MA dulu. Tentulah dia jumpa aku sekali tapi aku tak ingat. Memanglah aku seorang manusia yang pelupa.

Orangnya bersahaja. Cool. Rambutnya ada beruban sikit menjadikan aku selesa untuk memangilnya Abang Bob. Tapi bila sembang lama sikit, rupa-rupanya umurnya lebih tua dua tahun dengan aku. Kira-kira satu angkatan lah. Tapi dah terlanjur panggil dia abang Bob dan orang sinipun panggil dia macam tu, akupun susah nak reverse balik. Samalah dengan isterinya, Kak Safiah. Padahal umur sebaya dengan kami. Maaflah, aku selalu berfikiran orang lain lebih tua daripada aku. Aku sentiasa berfikiran bahawa aku masih muda trang tang-tang!

Azraie
Mamat ni memang smart memanjang. Side rambut tersisir rapi macam Mat Sabu bersikat. Mula-mula aku sapa dia time mula-mula nak masuk rumah Salahuddin. Time itu, rumah sewanya berhadapan dengan rumah aku sekarang. Dia panggil aku, abang je. Memandangkan dia duduk di depan, aku selalu panggil dia untuk tolong seperti tentang nak install program voipstunt, NTL dan macam-macam lagilah. Akupun rajin ke rumahnya. Dalam bilik dia ada, tiga gitar. Rupa-rupanya dia ada talent - gitaris.

Man
Dia datang awal sebulan daripada aku. Sentiasa bertopi walaupun di dalam rumah. Entah apa rahsia topi cap nya itu? Rambutnya agak panjang sebagaimana lumrahnya gaya anak muda sekarang. Dia orang panggil dia Man Kering kerana tubuh badannya agak kurus walaupun sebenarnya tak lah kering sangat! Tak banyak bercakap tapi senyum selalu. Selamba je macam Mawi, itu kata Wan lah.

Alim
Aku ingat dia orang Sabah bah! Kadazan ka atau Iban. Rupa-rupanya orang Kajang bah!Rambutnya ala Beckham. Dah habis belajar dan bekerja di sini. Mula rapat dengan dia bila minum teh di cafeteria universiti selepas solat jumaat. Dia makan kentang goreng campur mayonis. Aku minum teh sahaha kerana belum berapa reti lagi makan cara orang barat ni melantak!
Iskandar
Badannya besar dan sasa, rambutnya nipis, - kalau nak ajak bergaduh, orang akan memilih untuk menyerah dulu daripada memilih untuk bergaduh. Tapi dia bukan kaki gaduh. Aku fikirkan dia tak gaduhpun kalau aku kata dia kaki pukul. Bila dia angkat barang yang besar-besar, hatiku lapang kerana ada orang yang boleh bantu aku mengurangkan sakit pinggang aku bila angkat benda berat.
Ifran
Mula bertegur sapa semasa sibuk mengangkat barang untuk berpindah rumah. Kemudian bersembang bersama-sama di cafeteria universiti selepas solat Jumaat dan asar. Seperti anak-anak muda lain di sini, dia perokok. Salahuddin kata dia orang UK. Lahir di UK tetapi mendengar perbualannya, teringat aku dengan pepatah kata Hang Tuah; tak kan hilang Melayu di dunia! Bahasa Melayunya sebijik sama dengan kami semua. Itulah yang aku ingat.

Hj Radzi dan Radziah
Haji ni mula tegur time aku duduk dengar tazkiran Tabligh dekat Masjid Swansea. Selepas bersalaman dengannya, dia kata. "Hai orang Perak ni!" Akupun terkejut macam mana dia tahu aku orang Perak. Rupa-rupanya aku pakai t'shirt pasukan penyokong bolasepak Perak time itu. Lepas tu, banyaklah kali berjumpa dia samada di masjid universiti ataupun pekan.
Shah dan Isteri (Tak ingat namanya)
Dia sapa aku time kami nak belajar al Quran di Masjid Universiti. Dia dah tahu tentang aku. Aku agak-agak aje tentulah dia Shah kerana dia adalah pasangan Melayu ke empat yang kutemui selepas yang lain. Isterinya tak ada time itu.

Orang Melaka, dekat Kelemak.

Yang lain?...... Lain kali je lah!

















1 comment:

Anonymous said...

bang min.. cite 'persingahan 2 insan' xde ke bang min? ala 2 pria kesepian yg membawa bekalan cekelat ke m'sia br² nie. nak gak tau dr persepsi abg min dlm pertemuan nan sejengkal aritu.