Siri 1
Muhaimin Sulam
(University of Wales, Lampeter)
Apabila Karl Marx menyebut bahawa `agama adalah candu kepada rakyat’, ia sememangnya mengejutkan pada masa itu dan ditolak sebahagian masyarakat di Jerman. Karl Marx adalah pengasas Komunisme dan dianggap sebagai salah seorang ahli sosiologi hebat dalam sejarah melakar pemikiran masyarakat dunia.
Kenyataan Karl Marx dalam masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran agama, ia dianggap sebagai suatu cabaran kepada matlamat sebuah masyarakat diwujudkan. Karl Marx menolak kewujudan konsep `negara’ kerana menganggap negara sebagai salah satu makenisme kapitalis dalam menindas kelas bawahan. Pertentangan antara kelas dalam masyarakat merupakan suatu tesis utama yang dibawa oleh Karl Marx.
Di Eropah ketika itu, golongan kelas menengah dan atasan yang terdiri daripada kalangan raja-raja, paderi dan tuan-tuan tanah menguasai pemikiran rakyat. Mereka menjadikan Kristian sebagai satu alat untuk melegitimasikan ataupun pengesahan secara berundang-undang bagi setiap tindak tanduk mereka. Kristian ditafsir dengan pemikiran paderi yang mempunyai kepentingan dengan raja dan tuan-tuan tanah. Mereka menjadikan gereja sebagai institusi yang mengindoktrinasikan pemikiran rakyat yang terus dibelenggu kemiskinan. Konsep dosa pahala diukur pada pemikiran para paderi yang memiliki kedudukan istemewa dalam Kristian.
Karl Marx menyebutkan bahawa agama dicipta oleh manusia. Agama digunakan untuk terus mengekalkan suatu kuasa dan kedudukan tanpa dicabar oleh sesiapa. Dalam konteks Karl Marx agama dirujuk kepada Kristian yang bersifat elit. Agama digunakan bagi menyokong segala kezaliman yang dilakukan oleh penguasa terhadap rakyat. Rakyat yang taat pada penguasa zalim akan dianggap sebagai rakyat yang `beriman’. Pemaksaan idea sesat ini lama kelamaan menghimpun rasa tidak puas hati di kalangan golongan yang mula mencabar kewibawaan gereja. Bagi mereka ini merupakan satu konspirasi keji antara golongan paderi dengan penguasa bagi mempertahankan kedaulatan palsu mereka.
Biarpun idealisme komunisme Karl Marx lahir di Jerman tetapi ia dapat dilaksanakan di Rusia. Itupun kerana gerakan komunisme Rusia yang dipimpin oleh Lenin berhadapan dengan kezaliman dan penindasan Czar Rusia. Lenin menggunakan kesempatan kelemahan Czar untuk membawa ideology komunis dalam masyarakat Rusia. Walaupun teori yang dinyatakan oleh Marx seperti `sejarah dialektik’ dan `sejarah evolusi’ tidak betul dan tidak pernah berlaku tetapi ia menjadi suatu kuasa yang membangkitkan kesedaran rakyat menentang pihak yang berkuasa. Marxisme dapat menyakinkan bahawa pertarungan dunia adalah pertarungan antara kelas rakyat dengan kelas pemerintah yang berkuasa. Jika rakyat tidak bangkit, mereka akan terus dimusnahkan oleh pemerintah yang berkuasa yang mendapat sokongan dari kalangan peniaga dan agamawan.
Dalam konteks masyarakat kita hari ini, agama itu ditafsirkan sebagai `Islam Hadhari’ sebagai suatu asas yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ia dikatakan bukan fahaman baru tetapi satu pendekatan baru pada memahami agama sebagai suatu sistem kehidupan. Tentu sekali ia mempunyai implikasi besar dalam pemikiran masyarakat samada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Ia semakin jauh daripada landasan yang sebenarnya. Melalui Islam Hadhari, Islam dilihat sebagai suatu agama yang membenarkan perjudian, hiburan melampau, penjualan arak yang terbuka dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, lahirnya gerakan liberalisme yang anti agama beranggapan langkah kerajaan untuk melaksanakan Islam Hadhari juga satu ancaman kepada mereka. Oleh sebab itu, di samping mereka cuba untuk menghakis Islam yang ada pada Islam Hadhari, mereka juga menentang pelaksanaan Islam yang sebenarnya. Mereka menganggap agama adalah candu yang boleh menjadikan rakyat bebas dan merdeka.
Sementara itu masyarakat biasa yang buta dan sekadar bertaklid pada tafsiran-tafsiran ulama kerajaan atau pihak yang bersekongkol tentu merasakan bahawa kerajaan telah melaksanakan Islam secara wajarnya atau Islam yang sebenar. Mereka terus mempertahankan kerajaan Islam Hadhari kerana ada implikasi kepada `keimanan’ mereka terhadap Islam yang difahaminya. Hal ini ditambah lagi dengan peranan yang dimainkan para ulama dan cendiakawan yang pasif dan bekerja hanya untuk `periuk nasi’ mereka sahaja. Rakyat semakin teruk disesatkan.
Suasana di Malaysia pada hari ini memperlihatkan bahawa kezaliman dan penindasan terhadap rakyat terus berlaku. Cumanya kezaliman dan penindasan kerajaan terhadap rakyat telah diubah sebagai suatu cabaran yang perlu dipikul bersama antara kerajaan dengan rakyat. Gambaran ini dilakukan secara sistematik oleh kerajaan agar ia benar-benar membayangkan hakikat yang perlu diterima oleh rakyat jelata. Kenaikan harga minyak dan beberapa harga barangan, tarif elektrik, cukai yang semakin tinggi, pengurangan subsidi dan intensif kepada rakyat dan sebagainya tidak begitu menjadi isu utama bagi rakyat. Mereka kini akur bahawa krisis ini harus dipikul bersama. Rakyat mengakui biarpun tahu kehidupan mereka semakin tertekan, sokongan terhadap usaha kerajaan bagi meningkatkan kebajikan rakyat harus disokong dengan memberikan sokongan terhadap kerajaan sedia ada.
Pemaksaan secara halus dan sistematik terhadap kegagalan ekonomi dan politik BN sebagai suatu cabaran negara menjadikan kuasa BN semakin kukuh. Ini dilakukan melalui keberkesanan dan kelicikan jentera kerajaan yang digunakan sepenuhnya oleh BN. Meskipun wujud penentangan oleh sebilangan masyarakat sivil, parti pembangkang dan sebagainya tetapi ia tidak begitu menggugah proses ini untuk berterusan.
Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS mempunyai peranan kritikal dalam berhadapan fenomena sebilangan para ulama dan cendiakawan yang pasif. Mereka tenggelam dengan dunia mereka sendiri tanpa mengira peranan utama mereka dalam sebuah masyarakat yang hilang rasa manisnya Islam. Ilmu yang dimiliki mereka hanya sekadar komoditi yang tidak memiliki apa-apa makna. Namun dalam masa yang sama, masyarakat masih terus memberi kepercayaan kepada kelompok ini walaupun pada hakikatnya mereka sudah kehilangan roh perjuangan. Melihat kepada masyarakat kita pada hari ini, sebilangan daripada golongan agamawan gagal menjadikan diri mereka sebagai berperanan besar dalam mengubah pemikiran masyarakat.
Ada di kalangan mereka masih terkongkong dengan lingkungan kitab, universiti/sekolah dan masjid. Mereka mentafsir berdasarkan dunia mereka sendiri. Ini menyebabkan idea mereka tidak berupaya untuk menggarap persoalan semasa dan masa hadapan dalam dunia yang lebih luas. Penguasaan terhadap kefahaman al Quran tanpa memahami keadaan masyarakat menjadikan ada satu kelompangan atau kekosongan hubungan di antara ulama dengan masyarakat.
Golongan agamawan ataupun ulama serta cerdik pandai masih dilihat sebagai kelompok yang dihormati oleh masyarakat. Melalui kedudukan istemewanya sebagai golongan agamawan, masyarakat terus menaruh harapan pada mereka. Tapi, harapan itu tinggal harapan sahaja. Kosong. Yang lebih mengeciwakan adalah masa hadapan masyarakat akan dirosakkan dengan harapan kosong.

No comments:
Post a Comment