
1. Antonio Gramsci menjelaskan mengapa rakyat terus memilih kerajaan atau pemimpin yang korup, zalim dan tidak memberi manfaatkan kepada negara sebagai pemimpin mereka. Sebagai anak muda yang idealis, Gramsci melihat idea Karl Marx tidak dapat diaplikasikan di Itali kerana tidak melihat yang lebih luas persoalan politik masyarakat.2. Beliau mengemukakan konsep 'hegemoni' yang menghuraikan lanjut tentang fenomena ini. Hegemoni ini diasaskan melalui norma budaya masyarakat. Norma ini menjadi peraturan dalam masyarakat yang perlu dipatuh secara kebiasaan. Budaya ini digerakkan melalui sistem pendidikan, media, perundangan dan sistem pemerintah. •
3. Gerakkan mengubah budaya memerlukan usaha yang bersungguh. Kenyataan ini pernah disebut panjang lebar oleh Dr. Zulkifli Muhammad, timbalan Yang DiPertua PAS sewaktu parti itu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al Helmy.
4. Gramsci mati ketika usia 46 tahun selepas hidup sengsara dipenjara oleh regim Musollini selama 25 tahun. Mula ditangkap seusia 21 tahun. Separuh kehidupannya berada di dalam penjara. Sebaliknya orang yang diluar penjara, fikirannya terpenjara!
4. Bacalah idea orang perjuangan.
