2. Polis Bukit Kepong yang diserang oleh Mat Indera dan Komunis itu adalah polis British. Maknanya, mereka serang penjajah. Dan berkebetulan, polis itu orang Melayu.
3. Dakwaan Mat Sabu dianggap sebagai mencabar sejarah yang sediada. Ini kerana umumnya, masyarakat secara mudah menganggap orang Melayu yang bersekutu dengan kerajaan sebagai pejuang kemerdekaan. Tidak kira kerajaan itu kerajaan British, kerajaan sendiri ataupun kerajaan boneka Inggeris. Janji kerajaan.
4. Apabila Prof. Zainal Kling dan Prof. Khoo Kay Kim menyebut bahawa Tanah Melayu tidak dijajah dan ia cuma dinaungi atau dilindungi British, isu semakin memuncak. Tun Mahathir pun menyebut bahawa secara teknikalnya, Tanah Melayu tidak dijajah.
5. Aku setuju jika nak sebut dari sudut memahami istilah. Sebagaimana, British tidak pernah melaksanakan Dasar Pecah Perintah semasa ia menguasai Tanah Melayu. Istilah Dasar Pecah Perintah hanya ciptaan istilah sejarahwan kita. Tafsiran kita sendiri. Dasar Inggeris sama sebagaimana semua dasar kerajaan. Dasar untuk membangunkan negara dan rakyat.
6. Minggu lepas, Prof. Zainal Kling menghantar surat terbuka pada Harakah dan disiarkan dalam laman web akhbar itu. Beliau menyebut bahawa kedatangan Inggeris tetap dilihat sebagai penjajahan walaupun teknikalnya tidak. Maknanya, Prof Zainal bersetuju pandangan umum bahawa Tanah Melayu pernah dijajah.
7. Meskipun kenyataannya sudah dikeluarkan minggu lepas, Prof. Zainal terus diserang.
8. Prof. itulah politik!
9. Kan malang.
1 comment:
salam. bagaimana nak leraikan perbalahan sesama melayu? bagaimana kita boleh menyatukan kaum kita menjadi satu kaum yang harmoni? bagaimana kita menjauhkan diri kita dari kronisme? bagaimana kita boleh satukan orang melayu yang berbeza idealogi?
Post a Comment