...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 8 January 2010

Melayu Memang Ada Amuk

Istilah `Amuk' tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia kecuali dunia Melayu. Orang Ingggerispun tumpang guna istilah `amuk' kerana miskinnya kosakata dalam bahasa itu. Amuk biasanya dikaitkan satu tindakan mendadak yang diluar kawalan. Biasanya diakhiri dengan tragedi yang melibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Walau bagaimanapun, amuk Melayu bersifat setempat dan tersendiri. Tidak berorganisasi. Tindakan spontan. Tak sempat nak rancang-rancang. Tau-tau tup meletup.

Banyak lagenda amuk Melayu, antaranya Hang Jebat dan Laksamana Bentan. Prebet Adam. 13 Mei pun dikatakan spesis amukan Melayu.

Revolusi? Lagi jauh daripada perut orang Melayu. Tak pernah wujud revolusi dalam sepanjang sejarah orang Melayu wujud di mukabumi.

Melayu berubah memakan masa, Bagai batu yang melekuk dari titis air atap nipah. Bakarlah sentimen agama ataupun perkauman dalam jiwa orang Melayu. Kemuncaknya adalah amuk. Bukan revolusi. Bukan reformasi.

3 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

tuan, entry ini ada benarnya. sejarah memang mengajar kita. tetapi kita tidak mahu belajar dari sejarah

hamba said...

salam..
lama tak ke sini...

kawan hanya minat Bandi AMUK... hehe

Anonymous said...

Salam sejahtera kepada tuan blogger...untuk mengetahui sejarah Melayu...saudara mungkin boleh mengunjungi blog ini http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html