...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Saturday, 9 January 2010

Setengah Juta RM Untuk Membakar

Solat Jumaat pertama aku di UK ialah di sebuah chapel kecil Hospital Carmerthen. Sudah dua kali aku berbuka puasa di gereja St. Mary. Sebelum aku pergi demonstasi Palestin di London tahun lalu, aku dan keluarga pergi ke forum tentang Palestin di Unitarian Church, Swansea. Jika berkesempatan, kami mungkin akan solat terawih tahun ini di St. Helen Church yang telah dibeli untuk dijadikan sebuah masjid.

Minggu hadapan, kawan aku Adli akan berbincang dengan ketua paderi Univesiti of Wales untuk menyusun program dialog dengan mereka. Ia tiada kena mengena isu di Malaysia. Masjid Universiti aku pun sebenarnya adalah asalnya sebuah bangunan Chapel. Mungkin mereka begitu liberal atau aku sendiri semakin liberal.

Dalam peperangan sekalipun, gereja adalah tempat yang dilarang untuk dimusnahkan. Ini sudah termaktub dalam adab berperang dan diistiharkan dalam Konvesyen Geneva tentang perang.

Walau bagaimanapun memberikan sumbangan setengah juta RM kepada gereja yang dibakar boleh menyemarakkan api yang masih belum padam. Persembahan berita tentang isu ini hanya akan meneruskan agenda yang masih belum tamat. Ada banyak perkara lain yang perlu diutamakan selain daripada penyelesaian dengan duit.

4 comments:

Sosialis Hijau said...

Gereja Katolik, Herald berjaya memenangi Hadiah Filem terbaik
Satu upacara penyampaian hadiah filem paling sensasi awal tahun 2010 ini telah di adakan petang kemarin di sebuah gereja di Kuala Lumpur. Perdana Materi serta beberapa orang materi telah menjadi tetamu kehormat di dalam majlis yang gilang gemilang itu.

Seorang urusetia majlis yang di temui berkata, majlis penyampaian hadiah itu di adakan di gereja tersebut adalah kerana ianya merupakan lokasi pengambaran filem tersebut.

Filem yang memakan belanjan sebanyak RM10.00 ini, iaitu untuk membeli mancis, petrol dan botol kicap adalah satu-satunya filem yang hanya mengunakan pelakon yang tidak ternama.

Namun begitu jika di lihat dari segi sambutan dan hasil jualan tiket, filem ini merupakan sebuah filem yang paling mendapat sambutan berbagai kaum di Malaysia ini. Perkara ini adalah tidak pernah berlaku kepada filem2 yang sebelumnya.

Yusof Selam yang turut hadir ke majlis ini kelihatan terduduk kerana tidak pernah menyangka sebuah filem yang tidak ada motor besar, Kereta spot dan Sarjan misai telah berjaya mencecah penonton sehingga satu Malaysia. Menurutnya adalah mustahil sebuah filem itu akan laku tanpa ada pelakon seksi atau pemuda tampan.

Dalam majlis itu beberapa nama telah di nobatkan sebagai pemenang berbagai kategori. Antara yang berjaya merangkul kemenangan di samping mendapat pengitirafan ialah:-

1. Pengarah : Team Propaganda
2. Penerbit : UMNO/BN
3. Pelakon Utama : Tuan Hakim, Makamah, Gereja Katolik, Herald, Tukang baling Bom
4. Promosi : berita Hairan, Utusan Melayau, Mutro, Sonar, dan semua akhbar
5. Pelakon tambahan : orang Umno
6. Pelakon kanak-kanak : Orang Pas

Namun begitu hanya pemenang utama sahaja di berikan hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM500,000.00 manakala yang lainnya hanyalah di beri pujian sahaja oleh Perdana Matri kerana sanggup menjadi pelakon bodoh dan bahalol.

Yang paling menariknya orang Pas yang sejak bermulanya pergambaran filem ini telah bersama-sama dengan pelakon umno sejak awal pagi lagi telah berada di depan pentas kerana menyangka akan memenagi hadiah pelakon kanak-kanak terbaik terpaksa berputih mata apabila juru acara telah mengumumkan bahawa hanya Gereja Katolik, Herald, telah berjaya merangkul kesemuah hadiah yang bernilai RM500,000.00 itu.

Pengumuman kemenangan oleh gerejaKatolik, Herald, ini telah mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang hadir. Namun begitu sebenarnya mereka bukan bertepuk kepada gereja Katolik, Herald,tetapi bertepuk kepada orang melayu kerana telah berjaya menjadi pelakon paling bodoh di abad ini.

Di sebelah atas gereja itu kelihatan bebrapa orang awek paderi yang kononnnya tak kawin tersenyum kepada orang melayu yang bodoh di situ.

Dalam satu temu bual dengan seorang wakil Pas , beliau berkata walaupun mereka tidak memenangi apa2 hadiah tetapi mereka puas kerana telah berjaya mengadakan demontrasi bersama UMNo. Ini adalah kerana Pas dan UMNo walaupun berlainan parti tetapi mereka adalah berbangsa melayau.

Bername

singamaraja said...

Teruskan perjuangan anda, jika menang jadi abu, jika kalahpun jadi abu

alhusseyn said...

SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn.Terima Kasih

Muzika Akustika said...

Barang apa bila kalah menjadi abu? Itu pemikiran orang UMNOgok. Meraka saja yang layak jadi pembesar. Meraka saja yang ada hak. Apa kita-kita ini tiada hak? Jahanam UMNO!