...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday, 13 December 2009

SUK Perak Hina Student di London

Dewan kuliah di King's College London agak penuh. Zambry Kadir sebagai ahli politik, membentang dan menjawab persoalan secara politik. Maknanya susahlah nak cari salah dia. Semua jawapannya sudah ada.


Dari rumah lagi aku plan tak nak tanya kat majlis. Entah mengapa, tangan aku gatal angkat tangan. Jadi, aku cakap; kalau pasal pengalaman cross over ahli politik, pihak lain tak boleh challenge UMNO yang banyak pengalaman. Dari tahun 1959 (Terengganu), 1967 (Kelantan – gagal), 1969 (13 Mei), 1985 (Sabah) dan 2008 (Perak). Samada nak terima atau tidak, UMNO memang hebat bab ini. Anwar Ibrahim tak boleh lawan. Ini bukan kes Perak atau Malaysia. Banyak lagi pemimpin negara lain di dunia yang senafsu dengan pemimpin UMNO.


Aku tak setuju pandangan Zambry yang menyebut, `sudahlah jangan banyak politik sangat.....'. Kenyataan ini menggambarkan agar rakyat jangan sibuk berpolitik. Biarlah rakyat bangang politik. Senang orang politik kawal. Macam setengah ulama jahat yang menasihatkan agar umat Islam menjauhi politik. Politik itu kotor. Kita orang baik-baik ini tak payah campur. Ohh.....senang Sultan, penguasa, British berkuasa. Jangan elitkan politik menjadi milik ahli politik. Rakyat kena patuh dan ikut. Mana boleh! Ehh… lepas itu, baru Zambry mengiakan kata aku.


Zambry duduk tengah di meja depan. Kirinya, Dato Fairuz Penasihat Undang-undang Perak. Kanannya, Dato Abdul Rahman SUK Kerajaan Negeri Perak. Dato Fairuz bagi kuliah undang-undang yang membosankan. Semuanya untuk melegitimasikan tindakan politik. Macam sesetengah ulama yang mencari hujah menghalalkan langkah haram.


Yang aku nak cerita ialah episod Dato Abdul Rahman yang merendah-rendahkan pelajar UK.


Tuan Penasihat Orang Kaya Sadek Sigeragar ni cakap budak-budak UK ni tak cukup maklumat, mendengar pandangan sebelah pihak, saudara kena begini, begitu dan bla bla bla......kenyataan yang betul-betul memperlekeh kita orang. Betul-betul layan macam budak sekolah menengah!


Telinga aku berdesing. Aku bangun minta dia tarik balik. Ini satu kenyataan yang menghina. Macamlah pariah sangat. Ramai yang tepuk sorak kasi sokongan kat aku. Aku ingat telinga aku je yang berdesing, rupa-rupanya ramai yang lain pun bukan setakat berdesing, berasap beb!


Lepas majlis tamat, aku sound sekali lagi mamat tu. Tak puas hati, sudahlah tak tarik balik, minta maaf jauh sekali. 'Apa Dato' cakap macam tu?' Dia jawab, `Sheikh, I bukan cakap tentang you…ni untuk diaorang yang tak faham ni…..bla bla….. '


Seelok-eloknya dia diam. Tap bila dia cakap, maka sahlah ………. (tak sopan nak tulis).

11 comments:

Mohd Shahnom Ismail said...

Salam wbt

Memang patut golongan seperti mereka ini diinsafkan dengan cara sedemikian.
Puas sudah berlembut dengan pena...

Teruskan usaha pakcik !

Zolkharnain Abidin said...

Tuan,
Kalau yang buat PhD dan master pun dia layan macam tu, agak-agak macam dia layan orang lain yang tak macam tuan dan rakan-rakan tuan?

mUneer said...

tuan, abg sulung ana pernah bgtau ana.

"bila senyap org dah kata bodoh. tapi, bila kita bersuara telah menampakkan kebodohan kita lagi."


alangkah elok senyap. ada benar pendapat ana, tuan?

mankeldai said...

kalau kita senyap, ia menunjukkan kita mengiyakan kata mereka. ini menguatkan lagi kata mereka!

alhusseyn said...

apasal tak rakam masuk you-tube kebodohan depa tu supaya kita orang dapat lihat sama?

azmietaha said...

LA... DEPA DAH JADI 'RAJA LAWAK' KAT SANA PULAK... ORANG SINI DAH TAK LARAT NAK GELAK LAGI, DAH PECAH PERUT!

p/s: nak gelak untuk kali penghabisan...HAHAHAHAHAHAAA!

Anonymous said...

min dalam TV9 ada nampak gambar tuan, tapi hanya suara zamry sahaja yang boleh didengar

Anonymous said...

slm ukhwah fillah se-antero dunia,

sy pelajar di Jordan..

sbg mencelah dan membenarkn pe yg berlaku..kami juga telah di datangi oleh mrk2 yg namanya disebut di atas..waktu tu..mrk dtg sbb ingin wat perjumpaan dgn pelajar2 anak2 dari negeri Perak..so..de la mkn2..tambang2 pn..diorg yg blanja..

k, nk jd cite..

pe yg berlaku kt u all..that is the same thing happened..

haha..bukan nk gelak la..tp real edisi

lebih2 lg..time mmg masih tgh panas lg dgn isu sidang DUN ni Perak..

daripada lok2 dgr ceramah Mufti Dato' Harussani (dtg sekali time tu) bila masuk je ucapan SUK tu..dia yg sbok buka cite..kitorg x ckp ppe..cuma senyap..

sume dtg psl nk mkn la katakan..
hahaha..

pstu..siap de tayang video lg..cmne knonologi kes sidang DUN tu..

Fairuz pn de skali..

pe yg plg best..

diorg de edarkn kitab utk kitorg mentelaah..kitab tu (menjelaskn secara terperinci ttg sidang DUN tu..dn cmne kononnya Pembangkang lah yg salah) cukup klkr...dah la tebal..bosan tol..

siap de bg cd video lg..x ley bla tol..erm..cmtu la serba sket2..

ppe pn..kes2 cni..byk2 bawa iktibar je la..tau je diorg ni cmne kan?

x yah ssh2 pening layan diorg ni

slmt2~

mUneer said...

tuan man kidal. saya nak pertahankan ayat saya. makna saya. org atasan umno elok senyap. bila bersuara akan menampakkan kebodohan mereka sendiri.
cakap ntah apa-apa kadang.

org kita cakap berdasarkan hujah yang rasional. bukan begitu tuan empunya blog?

Pyanhabib said...

sikat, tibai, ligan!
(selamat hari selasa)

kem aman said...

lorr... gitu cerita rupanya..

dalam TV3 duk tayang Zamry kata :'' sudahlah jangan banyak politik...'' pastu video tanpa suara dan disusuli bacaan laporan berita sekerat-sekerat..