...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday, 6 December 2009

Draf Surat Letak Jawatan Pemimpin PAS

Selepas muktamar PAS 1982 berhenti rehat tengahari, Dato' Asri telah pulang ke rumah untuk makan dan solat. Kemudian beliau berbincang dengan beberapa rakan-rakan beliau tentang peristiwa yang menyayatkan hatinya kerana dikecam oleh sidang muktamar.

Lalu, beliaupun menulis draf surat letak jawatan yang berbunyi....

`Suasana dan sikap yang muncul semenjak Muktamar yagn ke 27 hinggalah ke muktamar ke 28 ini telah menunjukkan bahawa ada sesuatu usaha semacam konspirasi untuk memecah-belahkan PAS dari dalam terutamannya dalam soal kepimpinan.

Menjelang muktamar ini suatu penjelajahan yang agak menyeluruh bertopengkan kepimpinan ulama telah mengharu birukan fikiran dan suasana telah dilakukan, di samping itu fitnah-fitnah terhadap diri saya berkeliaran mengatasi fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan oleh musuh-musuh politik PAS pada zaman tahun 1977/1978 dahulu.

Untuk mengelakkan kita daripada berpanjangan bertarung sesama sendiri yang merugikan perjuangan yang sama-sama kita cintai ini, maka saya telah mengambil keputusan menyerahkan kembali mandat dan kepercayaan Muktamar PAS ke 27 yang lalu yang telah memilih saya menjadi Yang Dipertua Agung bagi tempoh 1981-1983 kepada muktamar ini.'

Ustaz Salehuddin Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan berkata, ramai kalangan rakan-rakannya yang tidak setuju langkah Dato Asri itu. Akhirnya, muktamar menerima peletakan jawatan tersebut dan memutuskan dipangku oleh Haji Yusuf Rawa sebagai Pemangku Yang Di Pertua Agung PAS.

Manakala, Haji Yusuf Rawa telah meletakkan jawatan sebanyak dua kali. Kali pertama selepas Muktamar di Rusila pada 1986. Sebahagian daripada Ucapan Dasarnya telah ditolak oleh sidang muktamar. Beliau telah dikritik hebat oleh sidang muktamar. Beliau menulis surat letak jawatan semasa muktamar berlangsung. Turut meletak jawatan Ustaz Nakhaei Ahmad. Selepas itu diikuti oleh Subky Latif dan Syed Abdul Rahman. Haji Yusuf Rawa enggan berucap sewaktu ucapan penggulungan Muktamar. Ucapan itu dibuat oleh Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Walau bagaimanapun, semua yang letak jawatan telah menarik balik atas inisiatif Ustaz Fadzil dan beberapa AJK PAS lain.

Tahun 1989, Ustaz Hasan Syukri dan Subky Latif mengunjungi Haji Yusuf Rawa di rumahnya di Pulau Pinang. Beliau ketika itu uzur. Beliau menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan. `Ana dah jadi uzur, ana tak boleh hadir mesyuarat. Ana cadang minta pandangan anta, macamana ana letak jawatan?' Ustaz Hasan Syukri waktu itu sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat. Hj. Subky sebagai AJK PAS Pusat. Haji Subky jawab, `Pada pandangan ana itulah sebaik-baiknya, Eloklah' Lurus nasihat Hj. Subky. Lalu mereka memanggil Ustaz Fadzil yang tinggal di Alor Star agar datang ke rumah Haji Yusuf Rawa. Malam itu juga, Hj. Subky drafkan surat letak jawatan untuk Haji Yusuf Rawa sebagai Yang DiPertua Agung PAS.

Apabila Ustaz Fadzil sampai, surat letak jawatan sudah siap. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Ustaz Fadzil ketika itu kecuali menerima keputusan dan memangku jawatan Yang DiPertua Agung PAS sementara muktamar akan datang.

(Rekod interview dengan Dato Mustafa Ali, Hj. Subky Latif, Ust. Salahuddin Abdullah, Cikgu Hj. Hashim Omar, Hj. Abdul Hamid Saleh Pasir Mas)

5 comments:

am.shila said...

salam tuan,

Golongan inilah yg pernah diwar-warkan di zaman Rasul saw juga zaman sahabat, amat bahaya...

Saya teringat pada tulisan dinsman di dalam harakah yg bercerita tentang Abdullah bin Ubai...

Anonymous said...

salam, Dato' Asri berjiwa besar apabila melihat sudah ada tanda2 ketiadksenangan terhadap kepimpinannya (sudah tentu mengenai halatuju parti) lantas meletak jawatan,begitu juga Pak Yusuf Rawa atas alasan kesihatan + ucapan dasar yg ditolak perwakilan. Itulah sebaiknya dilakukan perkara yg sama oleh puak-puak yg menyokong UG yg masih berada di PAS pusat dan bersarang di PAS Selangor (Tak kan nak sebut nama kut!), kita yakin PAS akan memecut pantas tanpa mereka khususnya pecutan akhir sebelum PRU13.-warga PAS Putrajaya

Anonymous said...

salam,sy sokong warga PAS Putrajaya,kalau puak2 UG ni letak jawatan secara ikhlas setelah perbuatan mereka ditentang mereka akan menjadi lebih manis jika terus menyokong PAS sebagai ahli biasa yang akan dilihat berjiwa besar.lihatlah betapa harumnya nama Pak Yusuf Rawa,tapi kalau masuk UMNO, lihatlah pada Dato' Asri, Kalau puak2 UG ni tidak letak jawatan, kita beranggapan kuku mereka sahaja sudah dikerat namun kuku itu kembali panjang dan kalau tak dikerat dikhuatiri akan terus menjalar, bila sudah menjalar panjang ia akan mencucuk mata PAS, ketika itu ...apa nak jadi, bertindaklah wahai jawatankuasa disiplin, tengok dan nilaikan hujah yang dikemukakan oleh pelbagai pihak termasuk blogers, Jawatankuasa disiplin tentu lebih arif, atau pun jawatankuasa disiplin nak jaga air muka UG, mohon Allah menapis pemimpin2 PAS dengan segera kepada kelompok2 yang ikhlas,yang UG dan pro UG dipihak yang lain dan tinggalkanlah yang ikhlas saja terus menjadi pemimpin PAS, aminnn - ibnusudi

azmietaha said...

NAMPAK gayanya kita telah menjadi satu komuniti yang sukar dalam membuat pilihan, walhal panduan kita dah jelas pada Al-Quran dan hadith. Bertambah-tambah payah lagi bila terlalu banyak kaca-kaca yang bersinar hingga memadamkan silauan sang permata!

-MAU MENCARI SHEIKH AL- JAUHARI YANG KENAL LUAR-DALAM MR. MANIKAM...di mana ya?

mUneer said...

salam tuan blogger

ana rasa ini maybe angkara anai-anai dalam ahli pas sendiri.