1. Sewaktu kecil dulu, kami beraya dari rumah Atan Pak Usop di Pt. 17, Sg. Lampam sampai ke rumah Zuri di hujung Pt. 16 tak pernah dapat duit raya. Kalau sebuah rumah boleh kasi 20 sen, aku rasa kami boleh kumpul RM5 sehari. Kira besar sangat time tu. Boleh sambung ke Pt. 15. Pergi rumah orang walaupun tak berapa kenal. Time itu, semangat ziarah hari raya memang tebal. Berjalan kaki keliling kampong.
2. Nak cari duit raya, jual air batu kat tepi jalan bawah pokok buluh Pt. 17A. Sg. Lampam. Masa itu mana ada peti ais. Letrikpun tak ada walaupun sudah 20 tahun merdeka. Berniaga kongsi dengan kawan. Sebab mula-mula segan nak niaga. Ambil air batu dari Teluk Intan, kirim dengan Pak Abu Hasan. Air batu itu disimpan dalam serbuk kayu dan dibungkus dengan kertas surat akhbar atau daun keladi. Tak ada plastik time tu. Modal seringgit dua, untung seringgit. Kumpul-kumpul dapatlah duit raya. Pergi ke Teluk Intan macam terasa pergi Kuala Lumpur meski tak ada menara KLCC. Yang ada hanya menara jam tinggi yang senget!
3. Waktu orang tua solat terawih, budak-budak main mercun dan curi pelam dan kepala muda kat luar masjid. Setengah orang-orang tua bersembang menghabiskan rokok sambil menunggu more lepas habis terawih. Kalau arwah Ustaz Usop jadi imam, cepat siap. Express rakyat. Rasanya lebih kurang dengan arwah Lebai Din. Baca surah lazim sahaja. Tak ada tazkirah selepas atau rehat antara solat terawih. Yang kami tunggu selepas habis terawih ialah upacara ketuk kerantung dan beduk. Time ini sahaja yang dibenarkan untuk kami main kerantung dan beduk. Jika tidak, ia hanya digunakan untuk menandakan waktu solat dan memberitahu ada kematian. Ketuknya ada cara yang tersendiri kerana ia perlu dimainkan oleh dua tiga orang sekaligus.
4. Main 'galah panjang' lepas habis more dan solat terawih. Buka songkok, baju dan lipat kain jadi pendek. Calit sikit minyak sapi, biar badan licin. Susah musuh nak tangkap. Badan berpeluh macam orang minyak. Orang tua tumpang tengok.
5. Kemudian, orang-orang tua kumpul duit untuk hadiahkan pada budak-budak yang rajin baca al Quran dan solat terawih. Ada buku kedatangan. Aku jadi tukang catit. Setiap kali habis solat terawih, ramai-ramai kawan datang buat report. Akupun tanda. Malam 27 Ramadhan, ada majlis khatam al Quran dan penyampaian duit raya. Sejak itu, rajinlah bebudak Sungai Lampam solat terawih dan bertadarus.
6. More makan nasi minyak hanya ada pada malam likur. Tak ada more berbuka puasa. Yang ada lepas terawih. Itupun makan kuih muih. Karipap, pulut panggang, tepung talam dan sebagainya. Ada giliran. Arwah bapalah yang biasanya tulis senarai ahli kumpulan yang buat more di papan kenyataan masjid. Caranya mestilah adil supaya orang yang berkemampuan boleh membantu orang yang kurang berkemampuan semasa kumpul duit buat more.
7. Sekarang...... hampir setiap rumah ada bagi duit raya. Tak banyak, sikit biasanya ada. Dah tak ramai orang tua tuang solat terawih. Yang jadi imam terawih pun sudah import hafiz luar dan kadangkala budak Maahad al Islah. Baca ayat panjang-panjang. Meriam buluh masih ada. Tapi tak segempak dulu, macam Perang Dunia Kedua. Tak ada lagi yang curi pelam dan kelapa muda waktu malam (sebab semua pokok pelam dan kelapa dah tak ada dekat masjid). Bebudak beraya pun sudah pakai motorsikal. Paling tidak naik basikal. Jalan-jalan dah tak main.
8. Sekarang......setiap hari Masjid al Mansor, Sg. Lampam ada more nasi minyak. Orang kampong sanggup bayar RM400 untuk satu malam kos berbuka puasa. Orang luar kampong juga ikut more. Budak-budak solat terawih dan tadarus dah tak perlu dihadiahkan duit. Mereka buat kerana nak kejar malam lailatul qadar. Dah tak ada nak main kerantung atau beduk. Selepas ada microphone, kerantung kering tergantung sepi dalam stor. Kulit bedukpun dah pecah.
9. Siapa kata sekarang ekonomi orang kita tidak berkembang? Sudah maju kampong aku dah. Tentu YB Tajuddin Rahman kata, itulah berkat kerajaan BN memerintah...... he he he...
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
9 comments:
Dulu lain, sekarang lain pak.
Zaman telah berubah,
tapi
pe'el manusia tetap sama,
sampai bila-bila
Salam ukhuwwah Islamiyyah saya hulurkan..
Selalu baca tulisan abg.Muhaimin dalam Harakah sahaja, sekarang dapat baca blog pulak.
Sebenarnya saya tak pernah terlintas hendak mencari blog abg.Muhaimin.. tapi seoarang anak abg. nama nabilah telah berziarah ke blog saya membawa saya berziarah ke blog abg.
Baca cerita Raya Dulu-Dulu membuatkan saya menjadi sayu dan syahdu sangat, Ya Allah... terkenang suasana sambutan puasa, berpuasa, solat taraweh, persediaan raya dan berhari raya di kampung dulu-dulu..
Ketara sekali perbezaan suasananya.. suasana sekarang banyak lebih baik daripada dulu, namun banyak juga perkara2 baik yang diamalkan dulu tercicir sudah tidak diamalkan oleh masyarakat kampung saya zaman sekarang.
Antaranya dulu ada bertukar2 juadah masakan untuk berbuka puasa sekarang dah tak ada lagi.. dulu rasa rapat sangat dengan jiran2 macam adik beradik...
Dulu ibubapa galakkan betul2 anak2 pergi solat taraweh di masjid atau surau, tapi sekarang anak2 banyak duduk rumah menonton tv.. yang pergi surau masjid tak ramai macam dulu2.. tv pun (maksud saya pemerintah) tak pernah mendidik anak2, remaja dan masyarakat umum supaya mengimarahkan Ramadhan..
Entahlah...!!
tentu di sana tidak bingit mercun.
sini, budak2 main mercun ganggu org Taraweh atau nak tidur....
tiap2 tahun pun mcm biasa, ada yg putus jari, cedera mata dll akibat mercun.
salam pak,
Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam
Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya
p/s: nak duit raya pak Min ..
pinta anak-anakku ..hehe
Salam ya akhi,
Pak Sheikh mengucapkan Selamat Hari Raya buat akhi dan famili. Semoga bahagia, ceria dan dirahmati Allah. Dan tak lupa Pak Sheikh mendoakan akhi akan dapat menamatkan Ph.D dengan jayanya.
selamat hari raya
Kami redah ziarah jiran tetangga & teman taulan. Anak2 dapat banyak gak duit raya walau dah remaja. Tahun ni tak balik kampung kerana anak sulong final exam first semesta asasi UIA on 5th raya. Malam raya shopping baju raya di jln TAR, meriah gile. Cuti panjang ini dihabiskan dgn muhasabah diri dan menerima kunjungan tetamu. InsyaAllah isnin ini akan bermula puasa 6.
raya dulu, raya sekarang.
dua-dua pun raya..
yang besar ertinya..
selamat hari raya tuan!
tak balik Malaysia?
salam tuan... bila blog mahu diperkemaskini... dah letak debu-debunya tu... :)
Post a Comment