1. Beduk dan kerantong raya di kampong terasa seperti mengetuk-ngetuk aku kat sini. Bau rendang dan lemang kurang menyelerakan kerana ada resepi baru untuk sambut hari raya.
2. Aku dengar di tanahair sekarang orang kemaruk dengan sup kepala lembu walaupun telah diwartakan sebagai makanan beracun. Ada dukun menyebut resipi baru itu baik untuk kerukunan rumahtangga walaupun boleh menyebabkan pendarahan otak. Lagi dilarang, lagi dicari, lagi dimakan.
3. Tapi orang sanggup menanggung risiko jual dan beli sup kepala lembu di blackmarket. Sup ekor atau lidah tak main dah. Tak power.
4. Beberapa orang dah kena tangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana makan sup kepala lembu di bulan Ramadhan ini. Selepas kena ikat jamin, mereka diraikan sebagai hero oleh AJK penduduk Seksyen 3/4 Taman Shah Pening dalam majlis kesyukuran dan berbuka puasa di surau taman tersebut. (Untuk makluman, majoriti penduduk taman ini mandul genetik).
5. Kutipan derma jihad diadakan bagi membiayai bayaran ikat jamin semasa majlis itu. Kaum muslimat ada yang dermakan gelang emas dan cincin kahwin. Pak Utih, dermakan gigi palsunya. Kerana itulah yang dia mampu dan berharap dapat ganjaran berlipat ganda sempena Ramadhan yang mulia.
6. Budak-budak bergembira bermain punjut api, mercun dan meriam. Orang tua memandang dengan gumbira kerana hari raya tahun ini cukup bermakna sekali.
7. Maaf, aku tak balik kampong. Biarlah aku makan roti dan cheese sahaja untuk jamuan raya.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
1 comment:
salam... hehehe...
tu la tuan... sapa suruh makan "sup kepala lembu" lepas semayang jumaat... confirm pak imam nampak punya!
Post a Comment