Pelajar universiti jika menjadi pencandu markah, dia akan terperangkap dalam penjara yang membebalkan dirinya sendiri. Pelajar universiti yang menjadi pengejar markah, dia akan terseksa kotak fikirannya.
Ini kerana soalan yang aku berikan bukanlah soalan yang perlu memerah otak tetapi di situ mereka akan mendapati jawapan tentang diri mereka sebenar. Itupun jika mereka faham dan ingin memahami mengapa aku buat ujian semalam.
2 comments:
Memang itu hakikatnya mentaliti seoran pelajar di Malaysia. Ruang lingkup pemikiran mereka hanya memikirkan markah tetapi ilmu ntah ke mana.
Menjadi lumrah pelajar mengejar markah, jangan disalahkan pelajar itu..tapi salahkan Kerajaan yg menetapkan syarat dan mentaliti begitu. Umum syarikat2 di Malaysia mengamalkan polisi pengambilan kerja berdasarkan CGPA, hakikatnya pelajar yg mempunyai CGPA tinggi ini selalunya "nerd" kerana sering khusyuk di dalam dunia pelajarannya sendiri. Pihak industri menyedari akan situasi ini, tapi memandangkan seantero Malaysia gemar melabelkan pelajar mengikut CGPA, maka tiada apa yang boleh mereka lakukan. Sesetengah IPTA & IPTS yang cuba mengubah konsepsi ini tidak akan diluluskan badan berwajib,jikalau ditentang maka tidak diiktiraflah sijil institusi mereka. Macam mana nak maju?Ditelan mati anak, diluah mati bapak. Sekali lagi ingin saya kata di sini, bukan salah pelajar itu dia mengejar markah, salahkan pemimpin yang masih tersekat di zaman kolonial dengan pemikiran yang bukan saja lapuk tapi "jurassic". Assalamualaikum.
Syazwan Shahril
Pelajar,
Bukan Melayu Tipikal.
Post a Comment