...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday, 7 July 2014

Ke Mana Perginya Bahasa Melayu

Aku diminta untuk buat benchmark sebuah 'center' yang ada kaitan dengan Alam Melayu.

Awalnya aku terima 'tugasan' itu kerana aku diminta oleh orang atasan. Tapi ini satu kesempatan terbaik untuk aku melihat sebenarnya pengajian tentang 'Malay Archipelago' di dalam dunia akademik di seluruh dunia.  

Daripada tugasan itu, kudapati Singapura yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi Jabatan Pengajian Asia Tenggara, NUS menawarkan bahasa Indonesia sebagai salah satu subjek. Bahasa Melayu disebut dalam Perlembagaan Singapura tetapi praktisnya, bahasa Indonesia yang lebih diambil perhatian. 

Kedua-dua adalah 'sama' tetapi dari segi falsafah politiknya, ia tidak sama. Melayu hakikatnya luas berbanding dunia Indonesia. Meskipun Sukarno pernah menyebut, 'di mana ada pohon kelapa yang melambai, itulah tanah Indonesia!' 

Sama seperti di Leiden, SOAS, CSEAS di Uni. Michigan, Uni.Kyoto dan beberapa universiti terkemuka dunia menawarkan bahasa Indonesia berbanding untuk bahasa Melayu.  

1 comment:

Anonymous said...

salam Dr..saya pernah berbual dgn rakan ttg penggunaan bahasa melayu..mengapa orang lebih suka belajar bhsa indonesia berbanding bhsa melayu..sbbnya kerana bhsa indonesia lebih terpelihara dari segi sebutan & tidak mudah bercampur2 dgn dialek2 tempatan...