1. Usah lagi berteka teki bila hendak parlimen dibubarkan. Kerana sudah tiada lagi keperluan untuk berteka-teki di saat-saat penghujung waktu.
2. Bubar parlimen bermakna, perang pilihanraya diistiharkan.dan demam pilihanraya mula berwabak ke seluruh negara.
3. Inilah kenduri demokrasi terbesar di tanahair. Tawaran dan keghairahan untuk rakyat disuap dengan janji, projek mee segera dan juga wang yang turun dari langit dan keluar daripada perut bumi.
4. Inilah waktu-waktu rakyat bebas memilih parti, ahli politik mana yang akan mewakili aspirasi mereka.
5. Bebas?
6. Jangan lupa; ada ubi ada batas, ada budi, ada balas! Kita dapat RM100 setahun, Mereka dapat RM100 seminit!
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
No comments:
Post a Comment