...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday 31 October 2012

Peniaga Kecil Yang Terbunuh

1.  Pembukaan beberapa supermarket oleh syarikat gergasi antarabangsa dan nasional seperti TESCO, Giant, TF dan sebagainya diluluskan oleh Majlis Perbandaran atau Daerah.

2.  Pembukaan supermarket sebegitu memang dapat memperlihatkan kemajuan sesuatu kawasan. Orang ramaipun suka bershoping di situ.

3.  Sengaja kubawakan cerita ini selepas mendengar beberapa rintihan beberapa peniaga kecil pasar Tapah yang terkesan teruk akibat pembukaan supermarket TF yang selesa dan ada 'aircond'.

4. Daripada orang Asal yang tinggal di Bt. 7 Jalan Cameron hinggalah pegawai kerajaan yang tinggal di tanah lot Batu 3 Jalan Tapah akan berpusu-pusu ke supermarket baru itu.

5.  Lalu, para peniaga kecil di tepi jalan, pasar-pasar sehari atau malam akan sedikit demi sedikit hilang dimakan oleh pembangunan dan keghairahan orang kita sendiri bershoping di supermarket.

Monday 22 October 2012

Keluk Kelak Politikus

1.  Politik itu ada waktu naik, ada waktunya turun. Merundum, berdikit-dikit.

2.  Kerana itu, politik itu adalah ketidaktentuan dalam mendapatkan ketentuan. Samalah juga aktor dalam alam politik seperti pemimpin politik, pelahap politik, broker politik dan juga parti politik.

3.Jalan politik paling selamat ialah berkelak keluk. Sekejap cakap bulat,sekejap cakap pipih. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah.


Wednesday 17 October 2012

Retorik Politikus dan Tajamnya Kata Sang Penyair

1.  Dua tiga hari lepas, minum petang dengan Meo Busker di Food Court KLC. Sembang kosong dengan teh tarik kurang gula.

2. Sembang tentang sejarah busker tanahair hinggalah sepak terajang politik semasa. Biasalah orang politik  beretorik laksana ahli sihir bijaksana.

3. Boleh menjanjikan bulan dan bintang. Bikin orang ramai pengsan, tenggelam dalam mimpi yang menawan.

4. Daripada pendidikan percuma hinggalah gula-gula akhir tahun untuk orang tua, budak sekolah dan orang pencen.

5. Tidak seperti sang penyair. Bait kata-katanya memberi makna. Meski terpaksa menikam.

Monday 8 October 2012

Kesaktian Penceramah Terakhir

1. Biasanya penceramah terakhir untuk yang top leader.

2. Kehadiran Anwar Ibrahim ke pekan Sitiawan malam tadi telah mengubah amalan itu. Dia ceramah dulu baru bagi kitaorang kemudian.

3. Korang pasti tahu apa jadi lepas ceramah Anwar Ibrahim selesai. Berpusu-pusu keluar dari dewan. Bukan naik cium tangan Anwar Ibrahim tapi mau balik cepat.

4. Top-top leaderpun bergegas keluar dewan. Katanya, deme ada program. Hampeh betui, tak sporting langsung!

5. Tinggallah teman nak mengabihkan baki waktu yang ada. Nasib baik ramai juga yang masih setia. Bravo bro!

6. Satu amalan yang biasa ceramah PR ialah tamat pada 12.00 malam. Malam itu, aku ubah amalan itu. Tamat jauh lebih awal.

7. Sakti beb!

Wednesday 3 October 2012

Potong Rumput Yang Dipotong Harganya

1.  Hari ini, kami pergi kedai mesin hardware Cina belakang Balai Polis Lama Teluk Intan. Tengok mesin potong rumput (mover). Congak-congak harga, reasonable untuk dimiliki.

2. Selain faktor mesin tersebut boleh membantu aku berpeluh dan memastikan tahap kesihatan tubuh badan, ada faktor lain yang menyebabkan aku beli.

3. Satu lagi tentulah kerana setidak-tidak dua tiga bulan kena potong juga. Kena bayar upah.Tidak-tidak RM50-RM70 sekali potong.

4. Ada lagi faktor tambahan lain.......

5. Tak pa la, lu olang PAS, wa kasi diskaun harga!, Tokey tu pujuk aku beli.

6. Apakah ini juga dikategorikan sebagai faedah daripada kesepakatan politik? Atau yang lebih ilmiahnya, tahaluf siasi?

Bang, jangan naik basikal!

1.  Di Teluk Intan sekarang sudah ramai berbasikal. Basikal pun canggih-canggih. Warna-warni.

2.  Aku ada basikal yang aku bawa dari UK. Tak mahal mana pun. Cuma 30 pound. Itupun beli kat car boot sale. 

3. Setiap aku naik basikal, ramai yang tegur. Kereta rosak?

4. Bila berjalan kaki. Dia orangpun cukup prihatin, ajak tumpang kereta atau motorsikal. Naik serba salah.

5. Lama-kelamaan baru kusedari. Naik basikal di sini kena pakaian sport yang lengkap. sama lah juga dengan berjalan (walking-jongging) kena bertopi, kasut sport, berkaca mata hitam, bawa radio, berkawan-kawan ......dan pakai basikal yang canggih.

6. Laaa.....aku naik basikal nak pi round-round, keluar peluh bukan nak bergaya. 

Tuesday 2 October 2012

Telefon Pintar Atau Kepintaran

1. Berkali-kali kawan-kawan mencadangkan untuk aku guna telefon pintar. Kata mereka, mudah untuk update email, FB, blog dll.

2. Aku enggan.

3. Aku lebih inginkan waktu aku daripada melayani telefon pintar yang memperbodohkan tuannya.

4. Kita disibukkan dengan alam sekeliling hingga kehilangan diri sendiri.

5. Kamu mungkin tidak setuju. Apa aku peduli!

6. Tiba-tiba budget Najib memperuntukan RM200 untuk remaja membeli telefon pintar. He...he... pintar..pintar