1. Politik itu ada waktu naik, ada waktunya turun. Merundum, berdikit-dikit.
2. Kerana itu, politik itu adalah ketidaktentuan dalam mendapatkan ketentuan. Samalah juga aktor dalam alam politik seperti pemimpin politik, pelahap politik, broker politik dan juga parti politik.
3.Jalan politik paling selamat ialah berkelak keluk. Sekejap cakap bulat,sekejap cakap pipih. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
2 comments:
4 dari 30 sifat-sifat pemimpin yang munafik :-
a) Dusta
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Yaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."
b) Khianat
Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat.
" Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.
c) Fujur Dalam Pertikaian
Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau batas."
d) Ingkar Janji
Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)
Ber "Keluk Kelak" menunjukkan seorang pemimpin itu Tiada Prinsip dan seorang Pemimpin Haprak
Sebagai Pemimpin anta wajar ambil Tindakan Terhadap Zamarul Aini kerana manipulasi serta putar belit fakta dalam apa yang dipanggil "Deklarasi Mintak Sedekah... Tanda Tangan JK PKR Jam 3 Pagi" itu.
Salam...
samada pimpinan PAS wajar ambil tindakan kat zamarul aini ke x...tu hak pimpinan,mike sape?
sebelum hadith tu ditujukan kepada PAS, mike fikir dulu..apa mike lama duk pasir salak?sejak bila? teman takut2 hadith berpaling semula ke muka mike balik..malu yob..
nak bertindak, berfkir dulu jangan nak terlalu ego dan angkuh sedgkan kemmpuan diri sendri xde serta sejarah telah mmbuktikan apa yang zamarul aini buat itu ada sebabnya bukan dengan seronok2 je..
satu je saranan untuk teman kepada mike, tu pun kalau berani lah, jumpa pimpinan PAS kawasan pasir salak, tkut nak jumpa pun, jumpa lah pimpinan pemuda PAS kawasan pasir salak,takut juga bgaikan kambing yang hendak disiram air, jumpa lah pimpinan dewan muslimat PAS pasir salak..takut juga,balik la ke asal tempat asal mu..
dituju khas kepada politikus @ tikus (jangan selubungi diri anda seperti tikus dibawah ampaian)
Post a Comment