Daripada pengamatan aku yang dangkal ini, dapatlah aku kategorikan beberapa ciri-ciri yang penting dan tidak penting dalam menentukan seseorang perwakilan memilih pimpinan parti dalam setiap muktamar. Mungkin ada beberapa kesilapan dalam mengkategorian ini, harap maaf.
1. Pantai Timur - Pantai Barat
Barangkali ini adalah pengaruh pemikiran geo politik yang tidak boleh diambil ringan. Walaupun PAS ditubuhkan di Kepala Batas pada sesetengah qaul atau di Kuala Lumpur pada qaul lain, PAS subur di negeri-negeri Pantai Timur.
Kalau berdasarkan senarai AJK PAS Pusat yang lepas, pimpinan Pantai Timur adalah seperti Presiden, Wahid Endut, Ust. ABC, Dato KJ dan Nik Amar. Tapi Dato' KJ ni namanya orang Kelantan tapi dia banyak di KL.
2. Bergelar dari gelaran istana
Orang Melayu dalam tetap memiliki semangat beraja ataupun sistem feudal. Cuma ada yang membezakannya hanyalah ketebalan atau kenipisan semangat. Gelaran pada nama tetap penting dalam pemikiran orang Melayu dan Malaysia. Memiliki gelaran daripada istana dapat mempamerkan rekod sumbangan mereka pada pembangunan negara. Cuma yang nak dapat mudah, boleh mengusahakannya di Kemboja ataupun di Filifina.
Mari kita check siapa yang ada gelaran dari istana; Dato' Seri Presiden, Dato Husam, Dato Mahfuz, Dato ABC, Dato' KJ, Dato' Mujahid, Dato' Taqi, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan banyak lagi la.....
Yang tak da gelaran dari istana, Bang Mat, Khalid Samad, Mazlan Aliman, Dr. Hatta, Dr. Dzul, Ustazah Nuridah, Dr. Maria, Hanifa, Asmuni, Sabki, ......aku pun tak da bergelar apa-apa dari istana.
3. Ada title Dr atau Hj.
Ada orang belajar tinggi-tinggi bukan nak cari ilmu tapi cari title Doktor (Dr.). Belajar apa subjekpun tak kisah asal pada akhirnya akan dapat title keramat itu. Ada yang sanggup beli Phd dari universiti palsu walaupun pada akhirnya orang akan tahu juga. Memilik gelaran Dr., terasa berjalan macam boleh mengepak. Ada yang dapat gelaran Dr. kerana anugerah. Rosmah pun ada gelaran jenis ni. Gelaran ini kononnya sangat berkaitan dengan keilmuan. Memiliki gelaran Dr. seolah-olah sudah macam Socrates atau cendiakawan terbilang yang layak menjadi pemimpin.
Dalam AJK PAS Pusat yang ada title Dr. ni ramai, jadi title aku sebagai Dr. Phd tenggelam dengan lambakan title Dr. dalam AJK PAS Pusat.
4. Lulusan Universiti Malaya atau Lulusan U U lain
Aku graduat dari UM. Aku tahu sentimen keUMan. Sikit-sikit nak budak UM. Maklumlah UM universiti tertua. Adalah egonya. Ni yang menyebabkan ada sesetengah lulusan U lain terasa hangin dengan setengah ahli yang bersentimen begini.
5. Azhariun atau Lulusan Universiti Barat
Masalah Azhariun ni semacam juga dengan masalah KeUMan. Sentimen. Mentang-mentang UM dan al Azhar universiti tersohor, tertua dan terhebat......maka para graduasinya beranggapan merekapun hebat-hebat juga......
6. Ustaz atau bukan Ustaz
Dulu kat kampong, orang panggil aku Ustaz walaupun aku tidak pernah masuk sekolah agama. Masuk sekolah Arab waktu petang tu adalah. Aku dipanggil Ustaz sebab arwah bapa aku ustaz. Begitulah senangnya orang Melayu membuat perkiraan.
Dalam AJK PAS Pusat, walaupun Dr. Mujahid tu adalah Ustaz, orang akan panggil dia YB. Ada sesetengah panggil dia Dr. ataupun Ustaz. Tapi bagi Dr. Mahfodz, biasanya orang akan panggil Ustaz sahaja.
7. Lulusan pengajian Islam atau Lulusan bukan Pengajian Islam
Ini ada kaitan dengan no. 5 dan 6.
8. Gender
Ni tak payah tulis banyak-banyak. Sendiri boleh tahu.
9. PAS totok atau pendatang (UMNO, ABIM, IRC dll)
Ha.... yang ni sensitif. Ramai AJK PAS Pusat bukan daripada PAS totok macam aku. Akupun tak boleh kata totok PAS kerana pernah join Tabligh masa kat U. Yang daripada UMNO, Dato KJ. Yang daripada IRC, Mujahid, Dr. Dzul, Ir. Amiruddin, Dr. Maria kalau tak silap. Yang daripada ABIM, Hj. Anuar Tahir. Yang daripada PUM, Ust. Ghani Shamsuddin dan Dr. Mahfodz.
10. Aktivis, Profesional dan Ulama
Bab nilah yang paling hot sekali kerana kerangka ini bikinan UMNO yang paling laris digoreng dalam kuali orang PAS.
11. Pandai Berceramah atau Tidak
Haaa... bab ni, Bang Mat terrer..... Mahfuz, Salahuddin, Tantawi, Hanifa, dan banyak lagi lah......... orang ini popular. Mereka ni jenis round seluruh negara. Orang yang tak pandai ceramah (macam aku....) payah nak dipilih. Orang pun tak tahu siapa kita, kalau bagi microphone, nescayalah macam khatib baca khutbah Jumaat. Orang tidur!
12. Banyak banyak muka dan beritanya di Harakah
Aku tak sempat nak belek-belek Harakah lama. Tapi inipun ada pengaruhnya.
13. Tengok rekod kerja dalam buku Laporan Tahunan
Yang ni, perwakilan kena semaklah sendiri.
Kesimpulan
Mungkin ada pengkategorian lain yang lebih munasabah. Aku tak larat nak tulis. Sebab aku fikir, pemimpin perlu dipilih bukan kerna warna kulit atau rambutnya, pakai cermin mata atau tidak, pakai kopiah putih atau bersongkok hitam. Kepimpinan yang diperlukan akan berbeza dengan situasi semasa dan masyarakat. Ada waktu kepimpinan tertentu diperlukan pada situasi tersebut tetapi tidak sesuai pada setiap waktu. Itulah flexiblenya kepimpinan.
Yang nak kita pimpin ni bukan batu, bukan pokok. Kita nak pimpin negara yang ada gunung, laut, kilang, jalanraya, budak sekolah, pondan, raja, buruh, penoreh getah, perompak, penyanyi, ratu cantik, peniaga, pelacur, pelancong, orang Cina, orang sakit, doktor, orang gila, Gereja, Kuil, Melayu, Kadazan dsb.......
Kalau nak pimpin PAS. Pilihlah pemimpin yang kotak otaknya adalah PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,PAS, PAS,
Selamat Mengundi!
2 comments:
Syukran Dr..
Semoga Allah memelihara jemaah kita
tetapi orang mcm aku masih lagi melihat penampilan dan ketramapilan penting untuk memimpin
Post a Comment