...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
Wednesday, 19 December 2012
Pasca HKR Perak: Yang Perlu Dikongsikan
1. Alhamdulillah, Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak yang berlangsung di Seri Iskandar berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.
2. Terima kasih pada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tentu sekali pada tuan rumah yang berhempas pulas siang malam memastikan kelancarannya.
3. Terima kasih juga kepada yang tunjuk sibuk dan menyibuk. Majlis yang begini memanglah semua nak tunjuk muka. Tak kira, yang ada muka, tak bermuka atau yang bermuka-muka.
4. Ucapan penghargaan kuberikan kepada yang gigih semangat datang dari seluruh penjuru negeri Perak. Yang berkonvoi atau yang travel secara solo. Bawa isteri, dukung cucu, iringi mertua dan kawan-kawan. Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang dipimpin ada yang melenggang dan ada seribu satu cara untuk berhimpun di bekas tanah lombong bijih itu.
5. Tahniah kepada gerombolan anak-anak muda yang mempamerkan kesungguhan sebagai anak muda yang bertenaga. Entah dari gunung mana mereka turun, dari sungai mana mereka bermudik. Aku tak sempat bertanya. Tapi percayalah, HKR Perak telah menghulurkan salam perjuangan.
6. Bravo pada bang Ito Blues, Nik Jidan, Airmas, Zua, 2BS dan Sivaguru. Koranglah hero malam itu. Yang hadir bernyanyi sama dengan penyanyi tentu suatu yang menarik. Sivaguru macam MGR mengajak berperang di tengah hujan yang turun! Sebuah filem Tamil di Seri Iskandar.
7. Tabik spring pada Jeneral Arif dan UNIT AMAL. Maaf bekalan makanan tak cukup. Bukan kerana perut yang boroi. Ramai anggota yang bertugas dalam kelaparan di tengah hujan dan letihnya mengurus manusia yang berombak datang.
8. Selamat bertugas kepada pasukan Polis dan Majlis Tempatan yang melaksanakan tugas secara profesional. Biarpun memaksa kami membuka kembali kitab dalam bab melembut hati-hati manusia.
9. Ucapan sang politikus? Tiada idea. No komen la.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ucapan politikus : mengapa no komen dr??
Post a Comment