1. Tahun 2011, aku tidak join Bersih di Kuala Lumpur. Aku di London dengan berarak dari Kedutaan Malaysia hingga ke Trafalgar Square. Berarak dengan perhatian polis London Metropolitan yang menjaga keselamatan kami.
2. Tahun ini, aku, Najihah, Nabilah, Hir, Norsi (anak saudara) dan anak-anak remajanya Ajwad dan Haris join Duduk Bantah Bersih 3.0. Norsi ambil Nabilah di UIA. Hir ambil aku dengan Najihah di Hentian Duta. Bertemu di Bangsar dan terus menuju ke Masjid Negara.
3. Isteriku nak ikut. Tapi kena duty di sekolah. Kami tugaskan untuk pantau berita terkini dari internet. Mudahlah kami dapat berita.
4. Jalan ke Masjid Negara ditutup dan dipendekkan cerita, kami akhirnya sampai di Masjid Jame'. Dari LRT, kami boleh lihat lautan kuning sudah membanjiri Jalan Tun Perak dan T.Abdul Rahman.Adalah sikit berani pakai T'shirt Bersih. Dulu, t'shirt itu setaraf dengan barangan lucah, merbahaya dan terlarang. Sesiapa memiliki boleh ditangkap, dilokap atau disepak.
5. Jumpalah orang kampong, kawan lama, cikgu aku dan paling seronok - jumpa student sendiri! Rasa tak sia-sia aku ajar diaorang kat universiti. Aku memanglah tak ajar direct. Aku macam orang Melayu biasa, banyak berkias, berpantun seloka. Hanya jauhari sahaja mengenal manikam. Tak kusangka, rupa-rupanya ada ramai jauhari dalam kelas aku!
6. Solat Dzuhor di Masjid Jame macam solat Jumaat akhir zaman. Orang terpaksa sembahyang di luar yang melimpah ruah. Perut lapar, ada restoran yang memang bijak berniaga. Siapa kata demonstrasi menyebabkan kerugian kepada peniaga. Sudahlah murah, sedap pula.
7. Perut sudah kenyang, kita bolehlah enjoy dan nyanyi kuat lagi. Kita bukan nak marah-marah. Kita nak menuntut satu pilihanraya yang adil dan bebas. Melayu, Cina, India ada. Yang tua, yang muda. Semua ada. Frederick, student aku dari Sarawak yang Iban itupun katanya nak join. Laut Cina Selatanpun, rela kurenangi.
8. Alang-alang sudah di situ, kami mara ke Dataran Merdeka. 10 minit berada di barrier, kami bersesak macam nak buat tawaf pada malam 27 Ramadhan. Sesak gila. Kami beredar menuju ke Jalan TAR. Untung badan Hir besar, mudah buat laluan untuk kami mencelah meninggalkan kesesakan yang amat. Nak bernafas pun macam tak dapat.
9. Akhirnya kami sampai di betul-betul di muara Jalan TAR. Barulah dapat oksigen. Ada orang berdiri atas kedai. Barangkali nak tengok suasana yang lebih menyeluruh. Saksi penting.
10. Tak sempat nak rasa nak bernafas segar, aku tengok air sudah disembur oleh water canon FRU. Bau gas sudah datang. Mata mula terasa pedih. Lari! Lari! nak lari macam mana, sesak gila ni! Kamipun bersabar, bergerak undur dalam orang yang berpusu-pusu sesak. Aku lupa nak bagitau diorang (Najihah, Nabilah, Norsi, Ajwad dan Haris), ini gas pemedih mata. Tapi aku rasa, diaorang tau sendiri.
11. Tiba-tiba, satu tong gas sudah jatuh betul-betul di celah kaki aku. Aku pandang bawah, asap naik atas berkepul-kepul. Terhidu. Aku dengan diorang berteriak, menangis dan menjerit. Aku tau suara diorang. Tapi asap sudah tebal. Tangan aku sudah terlepas dari gengaman mereka. Aku tak nampak mereka. Mataku sudah berair. Nafas kuterasa pendek.
12. Orang berlari yang boleh. Aku tak boleh. Anak-anak aku sudah hilang. Aku tak tau Norsi dengan anak-anaknya. Aku tak kisah dengan Hir. Dia orang muda dan ada pengalaman Bersih 2.0.
13. Aku patah balik tempat gas pemedih mata tadi jatuh. Najihah dan Nabilah sudah terduduk di lantai. Terbatuk dan nangis. Sekilas kusambar tangan mereka dan tarik keluar. Tangan kanak kiriku tarik mereka menuju ke arah Masjid India. Di celah-celah gerai itu, aku keluarkan botol air dan garam. Makan garam tu. Ambil air, minum. Aku tak tau nak arah lagi tapi diaorang sudah faham apa yang kena buat.
14. Orang lari tapi tak boleh laju-laju. Mata tidak dapat memandang. Terasa semacam hilang kudrat untuk bergerak. Barangkali semangat sahaja yang menyebabkan aku gagahkan diri. Terasa macam nak muntah. Tapi Najihah sudah termuntah-muntah. Matanya merah. Suara orang menyumpah, tangis sakit, jerit suruh lari berbaur-baur menambahkan situasi tertekan sekali.
15. Norsi tanya, mana anaknya, Haris. Dalam keadaan kelam kabut begitu, apapun boleh terjadi. Dia sudah cemas. Aku yakin Haris mungkin lari ke depan lebih cepat daripada kami. Betul. Kami jumpa dia terkial-kial sendiri di hadapan Masjid India.
16. Sakit, pedih, letih, loya dan seribu satu rasa belum lagi hilang. Namun, suara FRU dan Polis mengejar kedengaran. Aku mengajak mereka bergerak ke hadapan lagi. Kita bukan nak bertempur dengan FRU dan Polis. Kita cuma nak menyatakan hasrat yang terkandung dalam Bersih 3.0.
17. Itu satu bab yang aku dan kami pelajari daripada Universiti Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Belum tamat, aku cerita lagi.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
No comments:
Post a Comment