...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday, 20 February 2012

Nasib Melayu Minoriti di Tanah Sendiri

1. Kerana Inggeris itu penjajah, maka dihukum selaknat-laknatnya oleh mulut tak bertulang orang Melayu sejak dulu hinggalah sekarang.

2. Lalu dikatakan bahawa dasar `divide and rule' yang digunakan oleh Inggeris itu menyebabkan orang Melayu semekin dan keparat tak kepalang.

3. Biarpun sudah lebih setengah abad Inggeris mengundurkan diri secara kehormat, orang Melayu terus menerus memaki Inggeris sebagai punca kekeparatan orang Melayu sekarang.

4. Pelaksanaan DEB yang menyasarkan matlamat penguasaan ekonomi orang Melayu (dan juga Bumiputera) sebanyak 30% daripada kekayaan negara adalah satu lagi cerminan betapa hebatnya orang Melayu berkorban demi tanah tercinta.

5. Sanggup ikat perut demi tamu yang singgah (ada yang datang sebagai pelahab). Adab mana yang diambil?

6. Entah perkiraan mana yang membolehkan 'tuan tanah' bertuah ini hanya ingin angka penguasaan ekonomi yang kecil berbanding 'tetamu' yang datang.

7. Benarlah orang Melayu itu minoriti ekonomi, minoriti politik dan miskin jiwa (yang pernah disebut oleh Zaaba).

8. Bertahun-tahun DEB tamat, orang Melayu terus menerus minoriti.

9. Teringat kata-kata Aminuddin Baki, `ayam di kepuk mati kelaparan, itek di kolam mati kelemasan',

10. Sapa? Hang lah Melayu!

4 comments:

Anonymous said...

berapa byk tanah lu mau..indon yg 10x msia pun lu punya kan?

MS said...

kita punya yang tak bernama!

Abu Amir said...

Melayu yg melingkupkan melayu, siapa yg jual tanah rizab melayu kpd cukong2 ? Berapa banyak tanah kerajaan yg dijual kpd cukong2 bukan setakat berpuluh hektar malah beribu-ribu hektar kerana katanya cukong2 pandai meniaga tetapi sebenarnya cukong2 banyak penuhkan poket melayu laknat.

Melayu laknat ini sanggup khianat bangsanya sendiri lebih teruk dari yahudi. Kini melayu laknat ini tengah sibuk menjual tanah2 di Iskandar johor kpd negara Israel asia pula. Tak lama lagi johor selatan akan jadi macam Palestin pula.

Org melayu duduk kat rumah2 merpati sedangkan rakyat asing hidup mewah di tanah mereka.

Apa guna pembangunan sekiranya melayu jadi pelarian dinegara sendiri?

ABU- Asal Bukan Umno

KK said...

Ipoh dulu, melayu majoriti,
Ipoh kini, melayu minoriti.

Kampung Kepayang
~ benteng terakhir melayu Ipoh ~

http://www.facebook.com/groups/kampungkepayang/