...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday 7 March 2011

Konflik Dalaman PAS: Layarkan Sayapmu Kawan!

Jika ada sayap, terbanglah jauh-jauh. Terbang ke angkasa lepas. Lihatlah bumi yang bulat macam sedikit rupa tempurung. Soalnya, manusia tidak pernah dikurniakan sayap untuk terbang. Tuhan hanya cipta akal yang bikin manusia boleh berfikir melayang jauh.

Beberapa bulan lepas, aku dah baca buku Dr. Mujahid Yusuf, `Menuju PAS Baru' yang dikatakan kontroversi. Malam tadi, jumpa Ust. Riduan Mohd. Noor yang menjawab tulisan Dr. Mujahid Yusuf dalam bukunya, `Menerjang Badai'. Sebelum sarapan pagi tadi, dah habis baca. Sebelum ini, Dr. Azlan minta aku baca buku Ust. Riduan Mohd. Noor. Aku yang duduk di hilior ni, mana ada buku baru dijual di pekan Teluk Intan.

Selepas aku baca kedua-dua buku itu, beginilah.....

Kedua-dua buku cerita tentang tafsiran konflik atau krisis politik dalam parti politik pembangkang itu. Sebagai penganalisis politik (angkat bakul sendiri.....), kedua-dua punya alasan tersendiri untuk bikin fikiran begitu. Mengikut Dr. Mujahid, krisis itu mendewasakan dan jika tidak diurus dengan baik, ia akan mencetuskan perubahan. Ada kemungkinan perubahan itu tercetus.... deng-deng..... nada dekat muktamar memangnya begitu.

Manakala Ust. Riduan Mohd. Noor mengakui bahawa sebagai parti politik tidak lekang daripada masalah krisis dan konflik dalaman organisasi. Namun, isunya krisis yang wujud bukanlah disebabkan oleh masalah ustaz-tak ustaz, profesional-ulama, kempen senyap, pondok-universiti dan sebagainya. Yang ditekankan oleh Ust. Riduan Mohd. Noor betapa elemen luar parti sering cuba mewarna kepimpinan parti politik itu. Dia memang ada hujah sejarahnya.

Mengikut Dr. Mujahid, bukunya itu adalah berasaskan kajian PhD. Memanglah kajian PhD. ni mengkaji benda-benda yang kecil, halus dan tersendiri untuk diperbesarkan. Itu memang kerja kajian. Melihat yang diabaikan untuk dilihat secara lebih saintifik. Dr. Mujahid benar dari segi melihat realiti dalaman parti.

Sementalahan itu, Ust. Riduan Mohd. Noor melihat dari segi idealisme perjuangan. Pergorbanan dan kesungguhan kepimpinan seharusnya tidak dilihat sebagai alasan untuk menidakkan realiti. Politik Islam mengimbangi faktor idealisme dengan realiti. Inilah yang perlu kawan-kawan layarkan sayapnya.

Terbang tinggi, lihatlah parti sendiri. Tanah perkebunan pertiwi.

3 comments:

azmietaha said...

Duduk berteleku di tepi pantai sambil melihat kehijauan laut, maklumnya cantik. Jika berada di tengah lautan yang atasnya langit membiru, baru tahu yang gelombangnya bukan kecil dan riak ombaknya kadang kala setinggi gunung.Ketika itu baru tahu yang elok cuma di tepi pantai dan di tengah laut itu cuma ilusi!

Moleknya duduk bincang elok-elok kerana menilai hikmah yang tersirat itu bukan sembarangan akal.

-saya masih belum memahami erti sebenar..."perbezaan pendapat mendatangkan manfaat baik kepada ummah!" Sebab pertelingkahan ini selalu berakhir dengan sengketa. Kemudian wujudnya kem atau puak dalam organisasi. Malang sungguh.

Semoga kita diberi kekuatan jasmani dan ketabahan rohani serta istiqomah dalam perjuangan. TAKBIR!

terry bogart said...

sokong idea dr muhaimin.. tp xsempat baca lg kedua2 buku tu kerana xjumpa lg.. sampai cari kat kinokuniya pun xde.. hu3..

Anonymous said...

Jadi nampaknya Menerjah Badai bukanlah menjawab Pas Baru. Dari ulasan tuan Dr., buku tersebut tidak langsung menjawab. Tapi pasal apa pula dimengah-megahkan sebagai mejawab buku PAS Baru? Itu terlebih gas cocal cola tu...