...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 7 January 2011

Bersyarah di Suluh Budiman

1. Entah berapa kali UPSI yang dulunya MPSI kulalui tanpa pernah kusinggah. Kali ini pertama kali kusinggah dan bersyarah hari-hari kepada sang mahasiswanya.

2. Bersyarah tentang subjek politik ibarat bercakap dengan kawan. Bezanya disusun untuk menjadi satu pengetahuan daripada sekadar doktrin politik menyerang lawan.

3. Setelah kutinggalkan dunia guru bertahun-tahun, kini kukembali menggurukan para bakal sang guru.

4. Jika sang guru mati tapi ideanya akan terus hidup.

4 comments:

Cikgu Din said...

Tahniah Dr ,Guru selamanya menjadi guru.

Telok Bakong said...

salam

boleh lah sembang ngan prof dr hamirdin

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT Sifu guru-guru 1Malaysia (tersedak cikgu-cikgu). Mudah-mudah mereka dapat berkongsi ilmu politik yang barakah untuk dibawa ke alam perguruan~

Tambahan: Cikgu sekarang banyak kaki. Yang terzahirnya cuma sepasang. Selebihnya kaki angguk, kaki ampu dan kaki gosip. Risau. Takut 'kuah' cikgu tumpah ke 'nasi' anak-anak didik.

e.i.s.r.a.a said...

salam.

Saya nampak Cikgu (Dr) sekali di UPSI, dan sekali di PC tapi tak kesempatan untuk menyapa. Cikgu ajar kos apa eh?

Anak bongsu Paksam,
Parit 18/b