...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday, 16 November 2009

Kronisme dan Nepotisme

Pantang jumpa istilah baru, guna selalu. Biasanya orang tidak ingin mendalami makna istilah. Sekadar ingin tahu makna yang selapis sahaja. Sahabat paling rapat Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja dijamin syurga oleh baginda tetapi diberikan kedudukan yang tinggi dan baginda sendiri menantu kepada Syaidina Abu Bakar As Sidiq r.a. Ali k.w dan Syaidina Uthman r.a. dijadikan menantu baginda.

Kualiti utama pemilihan ataupun pelantikan mereka adalah kemampuan untuk memperkukuhkan pengaruh dan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. selaku pembawa risalah al Islam. Sejarah telah membuktikan bagaimana pengorbanan mereka.

Kalau lantik kawan, terus sebut kronisme. Kalau pilih ahli keluarga, langsung dihukum nepotisme. Kita tunggu generasi hadapan menghukum pelaku 'kronisme' dan 'nepotisme' hari ini. Atau penghukum hari ini akan dihukum sebagai kelompok kurang akal.

3 comments:

hamba said...

salam.. tuan

saya teringat pengalaman saya bermain mercun plug masa kecil dulu... plug motosikal/kereta di ubahsuai menjadi mercun...

bila dilempar ke atas... bukan main dia galak... bila terjatuh kebawah baru berbunyi BOOM!

ia me'letup' bila kepala plug tu 'jatuh' dan terhimpit ke jalan tar...

Sosialis Hijau said...

Kronisme yang sebenarnya ialah apa yang boleh lu bagi pada gua kalau gua bagi sesuatu pada lu. Ianya bukan saja di amalkan oleh UMNO tetapi oleh mereka yang kononnya pejuang Islam. projek paling boleh buat duit dalam Pas ialah projek yang bersangkutan dengan PASTI. Siapa supply uniform? Siapa supply Baju sukan? Siapa supply buku? Siapa cetak kertas peperiksaan? Siapa? tidak semestinya yang dapat projek itu orang Pas tetapi yang dapat projek itu ialah siapa yang boleh bagi komisen pada si pembuat urusan. Mana bukti? mana saksi? jangan tanya gua tapi tanyalah kiraman katibin si pembuat deal itu. Di dunia lu orang boleh belakon dengan serban dan jubah tapi masuk kubur nanti terimalah anugerahnnya.

Awang Kapak said...

Kalau lu bantu bangsa sendiri pun dianggap kronisme, salah satu jalan penyelesaian ialah bunuh diri lah.