...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday 8 November 2009

Dengki Melayu Nampak Bersopan

1. Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w wafat, para sahabat sibuk berhimpun di Balai Saqifah. Mereka bincang siapa yang patut mengetuai umat Islam selepas ketiadaan nabi. Dalam pertemuan tersebut, para sahabat Nabi berbincang tetapi sesetengah pendapat mengatakan berdebat, bertengkar sampai ungkit tentang merekalah yang banyak membantu nabi sewaktu nabi Muhammad berada dalam kesusahan. Ada yang mengungkit tentang susur jalur keluarga masing-masing. Macam-macamlah. Sekali pandang macam tak patut betul sahabat Nabi (termasuk yang dijamin masuk syurga) bertengkar kerana nak cari pengganti nabi. Kalau sekarang, masing-masing claim sebagai orang Kedah...orang Kelantan....orang Perak.... Tak orang Jawa, orang Bugis....Mandeling, Banjar.....

2. Ada yang mengatakan para sahabat memang membelakangkan Syaidina Ali yang sibuk mengurus jenazah Nabi. Ada riwayat menyebut, Syaidina Ali patut jadi khalifah kalau beliau hadir dalam mesyuarat itu. Kalau..

3. Bagi orang yang mahu menerima Abu Bakar sebagai khalifah, mereka terus memberikan ketaatan kepadanya. Sebaliknya mereka yang enggan, sering mengulangi cerita apa yang berlaku di Balai Saqifah.

4. Keadaan inilah yang berlaku dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan sebagainya. Tak kira apa jenis mesyuarat atau apa pertemuan. Keputusan mesyuarat atau pertemuan, ramai tak ambil kisah. Yang dikisahkan ialah cerita dalam mesyuarat atau pertemuan. Memanglah dalam mesyuarat, kita berdebat, bertengkar, berhujah dan kadangkala sampai tumbuk meja untuk menguatkan pendapat. Memang ada jenis yang datang mesyuarat bawa telinga tapi apabila balik mulut pula sibuk pet pot pet pot.....

5. Orang Melayu (UMNO ke, PAS ke, PKR ke....) memang tidak mahu bergaduh depan-depan terutama dalam mesyuarat. Nanti dipanggil orang tak beradab. Orang Melayu dulu-dulu, kalau dengki, marah, tak reti nak bantah......mereka main hantu (macam Sultan Abdullah nak bunuh J.W.W Birch) ataupun main santau..... sekarang depa main internet.....sejenis makhluk halus jugalah. Banyak yang halimunan. Anonymous.

6. Sebab itulah, sesetengah orang Melayu memang kelihatan sopan santun walaupun dalam hati penuh rasa dengki yang meruap-ruap.

5 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Tuan,
Dulu-dulu orang PAS puji blog. Bagus, pantas, senjata lawan Umno...bla,bla,bla... Sekarang orang PAS (baca pemimpin)pula yang takut blog. Blog fitnah, bohong..bla..bla..bla
Apa hal?

MS said...

POlitik sheikh, gitulah! Semua ada hujahnya. Siasah syariah.

cicitHJHASSANu said...

persepsinya,yang dipimpin tu sebabnya ada yang memimpin,dan jika yang memimpin itu tersalah kepimpinannya...apa yang dipimpin itu pimpin plak agaknya??

mie said...

sindir nampak.macam perangai org melayu hehehe

Sosialis Hijau said...

Orang Pas kalau tak sependapat dengan depa terus di hukum sesat. Siapa yang boleh angguk angguk dialah berada di jalan yang benar. Siapa yang geleng geleng dialah sesat dan di kategorikan sebagai manusia yang tidak di pilih Allah. Membaca malas. Allah janjikan kemenangan islam tetapi Siapa yang akan memimpin kemenangan itu? Apakah Pas? Dulu mungkin betul tapi bukan lagi kini... sesungguhnya keyakinan yang mendalam di dalam hati ini ialah kemenangan Islam akan di pimpin oleh manusia yang kini masih belum mengenal Islam tetapi mereka bekerja seperti pejuang Islam. Semoga Allah memberi hidayah kepada pejuang2 di dalam Parti Sosialis Malaysia. Amin