...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 30 October 2008

Melacur Cinta Tun Teja

1. Betapa hebat cinta Tun Teja kepada Hang Tuah, pemuda dari Melaka itu sehingga sanggup berputus tunang dengan Putera Mahkota Negeri Pahang Indera Mahkota, Raja Jamil. Sedang Hang Tuah tidak berharta, menumpang tinggal dengan Mak Andam yang sendiri di rumah pinggir desa.

2. Asal usul Hang Tuahpun Tun Teja tidak ketahui tapi lagak, suara dan budibahasa Hang Tuah cukup menyakinkan – itulah pemuda harapan yang mengisi sepi di hati.

3. Demi cintaku padamu, buang emak, buang saudara, tinggalkan kampong halaman, lari bersama lelaki gagah di tengah malam hari. Tun Teja tegar sekali.

4. Sesampainya di Melaka, Hang Tuah pun berkata, `Jikalau tuan hamba benar-benar cintakan hamba, berkahwinlah dengan Raja Melaka’

5. Lalu, makanlah Tun Teja sekapur sirih konon untuk hatinya hilang cinta pada Hang Tuah sambil mulutnya berkumat kamit membaca azimat cinta, `berkorban apa saja, harta ataupun nyawa….’

6. Sedang dalam firasat Hang Tuah, cinta Tun Teja akan jadi galang ganti kesetiaannya sebagai Laksamana Negeri kepada Sultan.

7. Maka bergembiralah akan Sultan Melaka beristerikan Tun Teja yang cantik jelita. Meski baginda sudah beristeri silih berganti.

8. Hang Tuah diberikan sepersalinan pakaian – berjenama antarabangsa. Kasut Clarks, Jam Rolex dan sapu tangan Voix.

9. Gembiralah Hang Tuah kerana melacurkan cinta tulus Tun Teja.

4 comments:

Hani Farahin said...

herm kepada yang membuat blog ni, nk tanya boleh x buat lagi lebih lanjut tentang perwatakan Tun Teja ni?? Asal usl nyer, adik beradik nyer, anak siapa.. Cara die menyampaikan apa yang diinginkan dn juga yang paling penting perwatakan nyer.. Lemah lembut ker, gamnas ker.. Aper2 je lah.. Kalau ada lbih lanjut ttg sejarah Tun teja, tolong e-mailkan ke- hani_girl94@yahoo.com.. tq..

Anonymous said...

Alangkah malangnya nasib perempuan melayu, tika zaman sang lelaki menduduki takhta wahid sebuah inderapura, layaknya hanya bertakhta di mata. Kisah tun teja hanya satu misalan sebuah kisah duka pengorbanan, atas nama tuntutan kesetiaan pada sang pemerintah dan tanahair. Umpama tiada harga untuk nilai hati luluh rawannya. Mungkin tun fatimah dan tun kudu jua setuju...

Hang Jebat said...

apala nasib Tun Teja.. diguna-gunakan oleh Hang Tuah dengan minyak pengasih.. di bawa lari ke Melaka.. dijual kepada raja.. demi nak kembali berkuasa..

Naimah Muhad said...

kerana itukah hang tuah berkata, tak kan melayu hilang ke dunia? kerana hingga sekarang ada manusia seperti itu..