...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 25 March 2011

Rock Sampai Bila?

1. Politik sekarang sudah menggila. Rock Edan!

Sunday 20 March 2011

Tidak Ghadafi, Tidak Amerika

1. Kemelut politik Libya telah membuka pintu kepada Amerika Syirika dan sekutunya meredah bumi yang kaya dengan minyak atas nama kemanusiaan.

2. Demi untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kezaliman Ghadafi, Amerika Syirika telah membawa episod ulangan di Iraq dan Aghanistan ke benua Afrika.

3. Regim feudal di Bahrain yang berperang dengan rakyat mereka sendiri dan melakukan pembunuhan Karbala Moden (ungkapan Presiden Turki, Erdogan) dilakukan tanpa pembelaan dunia.

4. Cukupkah sekadar beristigfar, membaca tahlil dan fatihah sahaja kita ini?

5. Atau berikan aku waktu untuk berdemo di hadapan kedutaan Amerika Syirika hari ini? Jom!




Friday 18 March 2011

Pakatan Rakyat Pentingkan Politik Dari Sastera!

1. Aku tidak kisah kalau UMNO berbuih mulut bersyarah bernada perkauman. Itu kerana sifat lahiriah parti itu didirikan dengan jasad keMelayuan.

2. Kenyataan bersama Pakatan Rakyat di Parlimen semalam benar-benar bikin aku terkeciwa. PR minta agar novel Interlok tidak dijadikan teks sastera di sekolah menengah...... aku kira atas alasan dangkal. Siapa nak rujuk, sila tengok tvpas.com.

3. Kaum India dilihat karung undi yang boleh menguntungkan parti politik. Inilah waktu politik perkauman dianggap suci.

4. Aku cadangkan satu lagi buku klasik diharamkan atau dibakar oleh pengikut politik perkauman - yang ditulis oleh Tun Seri Lanang, Sulalatus Salatin. Dalam buku itu, berpuluh-puluh (mungkin hampir seratus), perkataan keling disebut. Bukankah istilah keling begitu sensitif? Istilah yang menghina?

4. Kita sedang melihat negara kita dibakar!

5. Kita mahu jadi pasukan Bomba Penyelamat atau taruhkan lagi minyak?

Monday 7 March 2011

Konflik Dalaman PAS: Layarkan Sayapmu Kawan!

Jika ada sayap, terbanglah jauh-jauh. Terbang ke angkasa lepas. Lihatlah bumi yang bulat macam sedikit rupa tempurung. Soalnya, manusia tidak pernah dikurniakan sayap untuk terbang. Tuhan hanya cipta akal yang bikin manusia boleh berfikir melayang jauh.

Beberapa bulan lepas, aku dah baca buku Dr. Mujahid Yusuf, `Menuju PAS Baru' yang dikatakan kontroversi. Malam tadi, jumpa Ust. Riduan Mohd. Noor yang menjawab tulisan Dr. Mujahid Yusuf dalam bukunya, `Menerjang Badai'. Sebelum sarapan pagi tadi, dah habis baca. Sebelum ini, Dr. Azlan minta aku baca buku Ust. Riduan Mohd. Noor. Aku yang duduk di hilior ni, mana ada buku baru dijual di pekan Teluk Intan.

Selepas aku baca kedua-dua buku itu, beginilah.....

Kedua-dua buku cerita tentang tafsiran konflik atau krisis politik dalam parti politik pembangkang itu. Sebagai penganalisis politik (angkat bakul sendiri.....), kedua-dua punya alasan tersendiri untuk bikin fikiran begitu. Mengikut Dr. Mujahid, krisis itu mendewasakan dan jika tidak diurus dengan baik, ia akan mencetuskan perubahan. Ada kemungkinan perubahan itu tercetus.... deng-deng..... nada dekat muktamar memangnya begitu.

Manakala Ust. Riduan Mohd. Noor mengakui bahawa sebagai parti politik tidak lekang daripada masalah krisis dan konflik dalaman organisasi. Namun, isunya krisis yang wujud bukanlah disebabkan oleh masalah ustaz-tak ustaz, profesional-ulama, kempen senyap, pondok-universiti dan sebagainya. Yang ditekankan oleh Ust. Riduan Mohd. Noor betapa elemen luar parti sering cuba mewarna kepimpinan parti politik itu. Dia memang ada hujah sejarahnya.

Mengikut Dr. Mujahid, bukunya itu adalah berasaskan kajian PhD. Memanglah kajian PhD. ni mengkaji benda-benda yang kecil, halus dan tersendiri untuk diperbesarkan. Itu memang kerja kajian. Melihat yang diabaikan untuk dilihat secara lebih saintifik. Dr. Mujahid benar dari segi melihat realiti dalaman parti.

Sementalahan itu, Ust. Riduan Mohd. Noor melihat dari segi idealisme perjuangan. Pergorbanan dan kesungguhan kepimpinan seharusnya tidak dilihat sebagai alasan untuk menidakkan realiti. Politik Islam mengimbangi faktor idealisme dengan realiti. Inilah yang perlu kawan-kawan layarkan sayapnya.

Terbang tinggi, lihatlah parti sendiri. Tanah perkebunan pertiwi.

Friday 4 March 2011