...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Saturday 31 March 2012

Hapus PTPTN: Undi Bukan Demontrasi

1. Sebagaimana dipetik dalam kebanyakan media, Menteri Pengajian Tinggi telah meminta pelajar universiti gunakan kuasa undi sebagai ganti sibuk berdemonstrasi menuntut penghapusan PTPTN.

2. Satu cadangan yang baik dan menarik.

3. Ko mahasiswa dah daftar gundi ke?

4. Kalau belum, demontrasi lah hari-hari!

Wednesday 28 March 2012

Tanda-Tanda Demam Pilihanraya

Adapun mudah untuk menjangka tanda-tanda demam pilihanraya. Yang pertama, janji sudah membukit.

Kedua, gula-gula sudah diedarkan.

Ketiga, ahli politik semakin sasau.

Keempat, rakyat semakin kebulur

Kelima, sarjana semakin pintar

Keenam, doa alim ulama semakin panjang

Ketujuh, malam terasa singkat

Kelapan, kau carilah sendiri!


Thursday 15 March 2012

Antara Kesukaran Yang Sukar

Sukar untuk memahamkan si miskin tentang kemiskinan bikinan dengan kemiskinan alamiah. Bagi sang miskin, miskin apa pun, mereka tetap lapar, melarat dan hina.

Wednesday 14 March 2012

Datang lah!

Meniru, mengambil contoh, mengutip hikmah

1. Meniru biasanya dikaitkan mengambil contoh secara diam-diam. Sebaliknya mengambil contoh dengan belajar, minta izin adalah perkongsian pintar.

2. Adapun salah besar mana-mana parti politik mengambil idea daripada lawan mereka. Jatuh maruah.

3. Samada Buku Jingga meniru atau ditiru, ia akan sentiasa menjadi mainan politik.

4. Pada rakyat, yang mereka mahukan hikmah itu. Hikmah itu.

Wednesday 7 March 2012

Lima Minit Bukan Lima Tahun

Untuk potong rambut sepanjang ini,
hanya perlu lima minit.

Bukan lima tahun.

Bro.

Saturday 3 March 2012

Mencari Kelainan Dalam Politik


Majlis yang kami rancang ini tidak bermotifkan politik. Meskipun semua yang menjadi tetamu majlis kami ahli politik ataupun bersuara politik. Kami inginkan suasana yang tidak ada bahasa politik. Sebagai orang politik, aku semacam tidak ingin mempercayai kata-kataku sendiri. Itulah politik.

Apapun datang, mencari kelainan dalam politik.