...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday 9 September 2007

09/09: 2 cedera parah ditembak polis di Batu Buruk

Posted by: Raja Petra

SiasahKUALA TERENGGANU, 9 Sept:

Dua cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam.Dua yang terkena peluru hidup polis itu masih dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.Wartawan TVPAS, Suhaimi Taib sehingga kini masih ditahan polis.Antara pemimpin PAS yang turun ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun.Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.Di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini.

Comments
Saya berasa amat marah bila mendapat berita ini. Kejadian menembak orang ramai yg hadir ke majlis penerangan politik yg dianjurkan oleh mana2 parti politik pembangkang & NGO oleh anggota pasukan Polis tidak pernah berlaku sebelum ini. Wahai anggota Polis dimanakah letaknya akal budi dan naluri kemanusiaan kamu sebagai INSAN? Adakah hanya kerana mendapat arahan pihak berkuasa atasan (UMNO & BN) kamu tergamak bertindak diluar batas akal fikiran yg rasional dan pertimbangan perikemanusiaan yang melibatnya NYAWA manusia? Saya menunggu berita dan laporan selanjutnya.
09/09 13:32:50
Saya amat sedih dengan berita ini. Kisah ini menggambarkan orang-orang Melayu lebih hina dari babi. Di Melaka penternak babi melontar kurungan-kurungan babi pada polis dan polis hanya berdiam diri. Di Trengganu orang-orang Melayu hadir untuk mendengar ceramah oleh parti-parti politik yang sah dan halal di tembak polis. Apakah ini menunjukkan orang-orang Melayu lebih hina dari babi?
09/09 13:40:29
siapa lebih babi dari babi...//
09/09 13:45:48
dah takde taktik lain le bebudak UMNO ni. asyik2 mereka yang buat kecoh. dah kena bayar le ni. saya yakin ni bukan perbuatan parti pembangkang tetapi parti pemerintah. dah dekat pilihan raya dan isu ini akan digembar gembur di dalam media arus perdana selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun.benar kata Pak Tun, Malaysia adalah benar negara POLIS.ni le balasan bila DYMM Agong melawan/ingkar keatas permintaan parti pemerintah, balasan secara jahat. dah le terengganu sedang "DIROGOL" oleh Patrick Badawi dan rakan-rakan, sekarang buat....

Monday 3 September 2007

Perang Sesama Manusia: Apa Sebabnya?

Pembunuhan Habil oleh abangnya Qabil merupakan pembunuhan pertama dalam sejarah manusia. Inilah permulaan kepada peperangan antara manusia selanjutnya. Kedua-dua merupakan anak kepada Nabi Adam a.s. - bapa kepada seluruh manusia yang pernah menikmati kehidupan syurga Allah s.w.t. Bukan sebarang anak. Tetapi anak kepada seorang nabi Allah s.w.t. Pembunuhan itu sekali pandang adalah disebabkan oleh perempuan. Habil diperintahkan oleh Allah s.w.t. mengambil adik kembar Qabil sebagai isterinya dan sebaliknya Qabil pula mengambil adik kembar Habil untuk meneruskan zuriat manusia di mukabumi. Namun Qabil enggan menerima perintah itu. Selepas itu, Allah s.w.t. memerintahkan kedua-dua anak nabi Adam mengorbankan sesuatu untuk dipersembahkan kepada Allah s.w.t. Allah menerma korban Habil. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada Qabil dan kemuncaknya cemburu buta itu adalah dengan ia membunuh saudaranya sendiri.
Ali Syariati menghuraikan kisah itu sebagai satu pertentangan kelas. Habil mewakili kelas proletariat yang mustaafin tetapi berjiwa besar dan sebaliknya Qabil pula mewakili kelas borjouis sekaligus bersifat mustakbirin. Idea pertentangan kelas ini adalah asas dari pemiiran Karl Marx yang menyebut bahawa pertentangan manusia ini adalah disebabkan faktor perbezaan ekonomi. Perbezaan ekonomi menyebabkan rasa tamak bertambah dan rasa tidak puas hati memuncak.
Bolehkah diandaikan juga bahawa pertentangan antara kelas ataupun antara Habil dan Qabil kerana tidak mengikut perintah Allah s.w.t. Bukan kerana perempuan. Bukan kerana harta. Bukan kerana pangkat. Tetapi keegoan yang menguasai diri dan berasa bahawa ia lebih firaun daripada yang lainnya. Namun, idea tentang faktor tidak mengikut syariat terlalu umum dan sukar diterima sebagai hujah akademik. Entahlah mengapa sebabnya. Itulah yang menjadi tanggungjawab kita semua berfikir dan menyelesaikannya.
Berbalik tetang perang berlaku sekarang. Dari Korea Utara hingga ke benua Afrika - apakah yang menyebabkan perang berlaku. Manusia membunuh sesama manusia. Ada yang beranggapan memang manusia bersifat ganas dan suka kepada keganasan. Sedangkan Islam beranggapan bahawa manusia itu lahir dengan fitrah yang bersih dan ia semakin dikotorkan dengan kehidupan yang kotor dan menjijikkan. Lalu cara keganasan yang dibenarkan oleh undang-undang adalah berperang atas nama keamanan dunia sarwajagat. Maka entah berapa jumlah perang dilancarkan semua atas keamanan dan keselamatan negara ataupun dunia tetapi sebaliknya mempunyai motif yang lain - ekonomi seperti kata Karl Marx. Atau tidak ikut syariat - kesimpulan yang mudah.
Dari isu Antartika dalam konteks antarabangsa hingga kepada Isu Pulau Sipadan dalam konteks nasional - semua ingin bertegang urat leher kerana faktor ekonomi - minyak. Dan sekarang sibuk nak bergaduh di atas cakrawala - siapa yang ingin berkuasa di langit dan di bumi? Cakrawala adalah medan ekonomi dan politik yang luas dan menguntungkan. Entah berapa ribu satelit (sebenarnya ibarat kereta kebal) yang dilancarkan untuk menjajah ruang langit itu? Apa tujuannya - ingin menguasai ekonomi daripada teknologi informasi dan komunikasi. Ingin bina empayar lagi? Inilah yang disebut new colonialism. Penguasaan informasi global menjadikan sejarah dan masa depan sebagai satu acuan yang standard. Inilah ancaman sebenar kepada kewujudan manusia itu sendiri. Manusia ingin mencipta manusia yang standard. Hilang nafsu. Tiada akal. Tenggelam firasah pertimbangan. Ia mahu seperti manusia robot. Akur dan takut.
Perang sesama manusia akan terus berlaku. Sebabnya terlalu banyak. Bukan satu seperti Karl Mark sebutkan.

Sunday 2 September 2007

Persiapan Pilihanraya BA: Politik Maufakat Atau Politik Maut?

Jangan biarkan emosi kalian dikuasai dengan tajuk di atas. Jangan terus membuat kesimpulan sebelum ataupun selepas membaca artikel ini. Jangan anggap tulisan ini sebagai suatu nasihat apatah lagi teguran. Ia sekadar satu fikiran lepas saya terhadap politik. Politik adalah satu medan yang paling menarik kerana di situlah lubuk utama kejadian penting dunia. Politik samada disukai atau tidak, ia pasti memberi kesan langsung kepada semua.
Khabarnya pilihanraya umum di Malaysia semakin hampir. Paling awal mungkin penghujung tahun ini. Ataupun mungkin lebih awal lagi. Dan Anwar tidak lagi menjadi faktor utama dalam penentuan tarikh pilihanraya kali ini tetapi lebih kepada faktor Abdullah Ahmad Badawi. Bukan tidak penting faktor Anwar dan penting sangat faktor Abdullah. Tidak. Tidak seperti zaman Mahathir dulu, ia lebih kepada faktor Anwar. Biarpun Mahathir yang mempunyai `kuasa' menentukan waktu pilihanraya tetapi Mahathir sendiri akan mengambil kira pengaruh faktor Anwar untuk membuat perkiraan itu. Kali ini, Abdullah mencari indakator lain dalam menentukan tarikh pilihanraya.
Dalam sesi era pra-pilihanraya, biasanya isu pembahagian kerusi adalah episod yang paling menarik. Perbincangannya mungkin memakan masa tetapi ia lebih ironinya adalah mungkin memakan hati. Isu permaufakatan politik memang sedap didengar. Ia seperti suatu kata-kata yang indah dalam puisi. Tapi hakikatnya ia sukar untuk difahami dan dihayati. Kesukaran akan bertambah apabila masing-masing memiliki kepentingan tertentu. Masing-masing boleh mendakwa kepentingan mereka berasaskan falsafah permaufakatan politik (mengikut tafsiran masing-masing).
Apabila suatu kerusi PAS diberikan kepada PKR atau sebaliknya, ia akan menimbulkan suatu tindakbalas daripada akar umbi. Bagi akar umbi PAS, alasannya mudah - PKR tak ada jentera, PKR tak ada pengikut, bahkan sesetengah tempat PKR tak ada pimpinan! Nah. apa pula alasan untuk PAS menyerahkan kerusi kepada PKR? MEmadaikan untuk golongan akar umbi berpuas hati dengan hujah permaufakatan politik (ataupun lebih lembutnya disebut tahaluf siasi)? Golongan akar umbi memang sukar diberikan kefahaman jika waktu yang diberikan terlalu singkat. Ini memerlukan satu proses yang panjang dan memberi peluang golangan akar umi berfikir lebih tenang dan rasional. Maafkan lah kalau dikatakan bahawa sebahagian golongan akar umbi sering tidak berfikiran rasional - mereka lebih emosional. Yang lebih parahnya apabila golongan yang sedikit ini menguasai jentera pilihanraya di peringkat kawasan ataupun DUN.
(Ini berbeza dengan golongan akar umbi UMNO - mereka memang emosi dan biasanya umpan untuk menueutralkan ketidakpuashatian mereka adalah dengan fulus) . Bagi golongan akar umbi PAS mereka tidak makan dengan wang ataupun pangkat. Mereka dididik dengan rasa tanggungjawab terhadap perjuangan parti lebih besar dan utama daripada keperluan peribadi sendiri.
Maka oleh sebab itulah, golongan ini memerlukan sentuhan daripada pimpinan yang sememangnya bersifat elit. Elit dalam konteks kepimpinan PAS ini bukan bermaksud bermewah dan bersendirian seperti elitnya UMNO. Elit dalam kepimpinan PAS adalah sifatnya yang tersendiri dan sedikit tetapi memiliki kuasa ke atas golongan akar umbi. Memang sukar untuk pimpinan memberikan ruang waktu kepada golongan akar umbi kerana kekangan waktu. Tidak dapat tidak, golongan elit pimpinan PAS perlu membina rangkaian pimpinan yang boleh memberikan kefahaman dan keserasian untuk menerima sebarang arahan dan keputusan daripada pimpinan. Namun, kecenderungan ini tidak begitu popular dalam budaya kepimpinan PAS sebagaimana yang ada dalam UMNO. UMNO membina klik ataupun kroni berasaskan rangkaian keuntungan bersama bagi memastikan idea kepimpinan berlangsung dari negeri - bahagian hingga ke peringkat cawangan.
Memang mudah membuat rangkaian antara peringkat Pusat dengan Negeri tetapi agak sukar untuk membuat rangkaian antara peringkat Negeri dengan Kawasan dan cawangan. Tiada cara yang mudah kecuali bermula daripada sekarang.
Pendekatan ceramah umum seharusnya dilihat sebagai medium untuk umum ( dan inilah yang menjadi amalan sekarang). Soalnya bagaimana dengan pembinaan terhadap medium untuk golongan akar umbi yang sebahagiannya menjadi jentera piliharaya? Berdasarkan pengalaman, terlalu sukar golongan akar umbi ini untuk datang mendengar taklimat ke peringkat negeri apatah lagi pusat. (UMNO agak senang kerana pengikut mereka macam semut kebulur gula. Pemimpin datang bawa gula-gula je - selesai!) Bahkan untuk datang ke markaz kawasanpun, golongan akar umbi ini masih dianggap payah untuk dibawa bersama. Inilah masalah dan cabaran PAS. Bukan masalah pada pimpinan PAS tetapi juga kepada seluruh ahli dan penyokong PAS.
Masih payah untuk membuang tabiat menunggu pilihanraya baru nak bekerja. Sepatutnya kerja-kerja pilihanraya sudah bermula dan pilihanraya hanya waktu penyerang sudah berada di pintu gol. Sekarang tengah mencari padang untuk bermain ataupun sedang meratakan tanah untuk dijadikan padang perlawanan!
Oleh itu, politik maufakat yang mempunyai nilai dan keperluan semasa yang penting mungkin boleh bertukar menjadi politik maut jika salah kendalian. Ini bukan soal kepimpinan sahaja tetapi ini juga soal mentaliti pengikut dan penyokong. Bagi pimpinan, bagaimana harus mereka memberikan kefahaman tentang konsep politik maufakat. Bagi pengikut pula, bagaimana harus mereka memahami tentang konsep politik maufakat. Jika kedua-dua ini tidak bertemu titik pertemuan, ia mungkin menjadi politik sebaliknya. Politik maut!